Masalah Sesak Nafas Ketika Mengandung

Sesak nafas saat usia kehamilan enam bulan keatas wajar terjadi.

Hal tersebut disebabkan kondisi rahim yang semakin membesar dengan berat badan bayi yang terus bertambah besar dan akibatnya menekan dinding dada atau diafragma si ibu hamil. Sehingga rongga paru akan berkurang dan timbul sesak.

Memang ada sebagian ibu hamil tidak merasakan hal tersebut.

Berikut adalah tips untuk membantu mengurangi sesak selama kehamilan ibu :

* Disarankan bagi ibu hamil untuk melakukan senaman untuk ibu hamil.

Senaman untuk ibu hamil dapat membuat tubuh tetap sehat dan bugar.

Tentu saja senaman tersebut harus sesuai dengan usia kehamilan.

Senam hamil biasanya dilakukan pada usia 28 sampai 30 minggu masa kehamilan.

* Sebaiknya ibu hamil selalu duduk dengan tegak agar ruang paru-paru tidak tertekan dan mempunyai ruang lebih untuk bernafas.

* Saat tidur usahakan agar kepala dan bahu diganjal pada satu atau dua bantal.

* Jika sesak dirasakan saat berdiri atau berjalan, istirahatlah, bungkukkan badan dan sandarkan badan pada kerusi atau bantal.

Jika sesak belum juga berkurang, berjumpa dengan doktor atau bidan Anda.

Terima Kasih Ibu

Rahim ibu yang sedang mengandung akan mengembang 500 kali lipat dari ukuran normal untuk menampung kandungannya.

.

Darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

Ini sama dengan setengah liter.

Badan manusia hanya mampu menanggung rasa sakit hingga 45 Del.

Tetapi selama bersalin ibu akan mengalami hingga 57 Del, sama dengan rasa sakit akibat 20 tulang yang patah bersamaan.

.

Ibu bersalin akan mendapat pahala yang sama besarnya dengana 70 tahun shalat dan puasa.

Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkan bagi Ibu yang melahirkan pahala menunaikan haji.

.

Apabila seseorang perempuan merasakan sakit

karena akan melahirkan, maka Allah s.w.t.

mencatat baginya pahala orang yang berjihad

pada jalan Allah s.w.t.

.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,

keluarlah dosa-dosa dari dirinya seperti keadaan

ibunya melahirkannya.

.

JOM “SHARE” jika anda seorang ibu atau bakal ibu.

Semoga Bermanfaat

Jika Suami Tahu Sakitnya Bersalin…

11 Fakta!

.

Bila mengandung selama 9 bulan, isteri ke hulur ke hilir bawak perut, bawak anak dalam kandungan tak pernah merungut sebab mengandung walaupun bila berjalan dah nampak macam pinguin. Saiz badan berubah dari slim kepada kembang semangkuk.

Subhanallah..kuatnya isteri kamu berjaya menjalankan tanggungjawab.

.

Waktu nak bersalin, bayangkan rasa sakit tu macam mana.

Wahai suami, isteri bertarung nyawa di dewan bersalin kerana kamu..kerana kamu suami..kerana zuriat kamu.

Bayangkan kalau Allah ambil nyawa isteri kamu ketika bersalin, mampukah kamu menjalankan tanggungjawab dan kerja harian isteri seperti kat atas?

.

Beribu-ribu urat isteri putus ketika bersalin, itu belum lagi rasa sakit kena jahit kat bahagian ttooottt, sakit urat dan lain-lain sakit selepas bersalin.

Bermacam-macam perkara berlalu ketika tempoh berpantang. Bila Allah nak uji dan duga pasangan suami isteri, ada yang bermain kayu tiga dalam tempoh berpantang si isteri, ada yang suka-suka cari masalah sendiri dan banyak kemungkinan perkara tak elok berlaku.

.

– sakit kene cucuk epidural

– sakit kene seluk dengan doktor 4/5 kali untuk rasa bukaan rahim

– sakit waktu contraction

– sakit waktu baby keluar kepala dari rahim

– sakit kene gunting / koyak di bahagian rahim

– sakit kene jahit di rahim

– sakit berjalan lepas di jahit

– sakit dan takut waktu nak buang air

– sakit waktu duduk, punggung mengembang waktu bersalin

– sakit pabila susu badan tak keluar, bengkak susu

– sakit bila puting susu masih keras, anak hisap pun boleh menangis

– dan banyak lagi sakit yang lain yang tak dapat dimention di sini.

.

Lagi sakit hati bila makcik-makcik mulut manis asyik cakap “ala kau ni, sakit sikit je pun tak tahan”. Jadi bertabahlah, pahala besar untuk semua ibu-ibu .. 🙂

13 Petanda Awal Yang Menunjukkan Anda Hamil

.

#1 Payudara sakit dan membesar

Ini adalah perkara pertama yang Admin akan perasan masa mengandung dl. dahulu. selalu terfikir kenapalah macam sakit? Membesar pun ada juga. Payudara kita membesar kerana badan kita sedang menghasilkan hormon dan kelenjar-kelenjar penghasilan susu. Kiranya, badan kita tengah buat kilang susu di bahagian payudara. Sebab itulah payudara kita membesar, dan sebab itulah ia terasa sedikit sakit (dan kadang-kadang gatal-gatal).

.

.

#2 Kekejangan

Kejang ataupun cramp di bahagian perut adalah lebih kurang sama seperti cramp semasa kita menghadapi senggugut. Ini kerana telur kita sedang melekat di dinding uterus kita. Kenalah tahan sakit sikit, sebab sakit ini tidak lama pun.

#3 Spotting

Spotting juga adalah tanda-tanda awal kehamilan. Kita boleh lihat lendir yang berwarna kuning-kuning coklat melekat di bahagian panty liner yang kita pakai. Ia cuma berlaku semasa proses pelekatan telur ke dinding uterus. Lepas tu tiada lagi spotting begini. Jika masih berterusan, ibu-ibu pergilah minta pendapat doktor yang lebih arif.

.

.

#4 Keletihan

Apabila kita mula-mula mengandung, badan kita sedang membuat pelbagai adjustment kepada badan kita. Selain itu, janin kita mula gunakan kalori dalam badan kita. Ini akan menyebabkan keletihan yang agak luar biasa. Oleh kerana itu, pada masa awal-awal kehamilan, kita akan banyak tidur. Admin awal2 dl,tido selama 2 jam setiap 3 jam untuk 2 bulan yang pertama.

.

.

#5 Puting payudara menjadi bertambah gelap

Kebiasaannya, tidak ramai ibu yang perasan akan perubahan ini sehinggalah selepas 10 minggu usia kandungannya. Puting payudara kita akan bertambah gelap dek kerana hormon-hormon yang dihasilkan sewaktu kita hamil mempengaruhi dan mengubah aktiviti ‘melanocytes’ – sel-sel di dalam puting payudara kita yang menyebabkan warna berubah sebegitu rupa.

#6 Mual dan loya

Ini adalah perkara pertama yang akan buat kita fikir yang kita mengandung. Bila tiba-tiba kita rasa loya dan muntah-muntah, masa tu baru terfikir mengenai haid lambat, baru terasa yang kita mungkin hamil. Ye la, ini adalah sesuatu yang kita dapat tengok dan boleh terus kaitkan dengan mengandung.

.

.

#7 ‘Kembung Perut’

Masa ini, kita akan selalu rasa ‘bloated’ atau kembung perut. Padahal makan tak banyak pun. Ini adalah kerana kenaikan hormon progesterone yang memperlahankan sistem pencernaan kita. Ini juga adalah kerana perut kita pun sedang memberi ruang kepada rahim untuk membesar.

.

.

#8 Kerap buang air kecil

Admin selalu sangat buang air kecil masa awal-awal mengandung. Kadang-kadang baru setengan jam ke tandas, admin akan pergi lagi. Semua ibu mengandung akan merasainya kerana pada masa ini, pundi kencing kita pun sedang mengalami perubahan tempat untuk memberi ruang kepada rahim kita menyebabkan pundi kencing kita terhimpit ke belakang. Apabila ditekan, ia akan membuatkan kita mudah terasa nak buang air kecil.

Pada masa yang sama, buah pinggang kita perlu membuang cecair dalam badan dengan lebih efisyen lagi. Sebab tu la kita selalu je rasa nak terkencing. Kadang-kadang, bersin atau batuk pun boleh menyebabkan kita terkucil sedikit.

.

.

#9 Mengidam

Kita selalu dengar orang kata “engkau nie mengidam banyak sangat nie, mengandung ke?” Padahal masa itu, kita pun tak tahu lagi yang kita betul-betul mengandung. Bila kita buat ujian, positif rupanya. Masin mulut orang yang cakap tu 🙂

Tahap mengidam setiap orang berbeza. Admin tak de masalah mengidam sangat masa mengandung sebab admin jenis yang malas nak penuhi apa yang rasa nak makan. Bila admin rasa nak makan sesuatu, admin akan masak je terus. Kalau tak, Admin akan lupakannya begitu sahaja.

.

.

# 10 Pening kepala

Pening kepala adalah perkara yang normal dan biasa berlaku semasa awal-awal mengandung sebab badan kita sedang membiasakan diri dengan hormon-hormon mengandung. Apabila terlalu banyak perubahan dan penghasilan hormon baru, ia menyebabkan badan kita tak boleh nak terima lagi, tu yang menyebabkan pening dan kadang-kadang terasa nak pitam.

.

.

# 11 Sembelit

Terdapat sesetengah ibu yang menghadapi sembelit kekita di peringkat awal kehamilan. Ini kerana sistem pembuangan kita juga menjadi perlahan disebabkan sistem pencernaan kita yang mengalami perubahan itu. Jadi, banyakkan minum air masak dan makan makanan yang lebih berserat untuk menghilangkan sembelit kita.

.

.

# 12 Perubahan mood

Mood swing akan mula berlaku sejak awal kehamilan lagi. Ada yang sampai ke trimester ke-3 pun masih mengalami mood swing yang agak kronik. Kita boleh senyum, ketawa, dan tiba-tiba menangis pada masa yang sama. Ada juga di kalangan kita yang dulunya sangat suka bau minyak wangi suami, tapi masa mengandung suami nak dekat pun tak boleh. Sabarlah ye wahai suami 🙂

# 13 Perubahan suhu badan Basal

Suhu badan Basal adalah suhu badan kita ketika kita baru bangun dari tidur. Pagi-pagi bangun periksa dahulu suhu badan kita. Kalau suhu badan kita agak tinggi dari biasa selama beberapa hari tapi kita bukannya demam atau sakit, ada kemungkinan yang kita hamil. Baiklah pergi jumpa doktor.

.

.

.

Banyakkan sebenarnya petanda-petanda kita mengandung. Kita je yang kadang-kadang tak perasan dan ragu-ragu nak terima hakikat kehamilan kita. Takutlah nanti hanya sekadar perasaan kita je. Jadi, ibu-ibu pergilah berjumpa dengan doktor supaya mendapat pengesahan orang yang lebih pakar dalam hal ini.

6 Cara Untuk Bersalin Tanpa Jahitan

Mengingatkan pengalaman bersalin cukup ngeri dan menakutkan. Ramai ibu serik untuk mengandung lagi mengingatkan kenangan itu. Kesakitan kontraksi dan jahitan demi jahitan yang diterima, membuatkan ibu cuak.

Bila sudah lekat dan mengandung lagi mahu atau tidak, proses bersalin tetap harus dihadapi.

Usahlah ibu risau, bagi memudahkan ibu bersalin, ibu boleh amalkan rahsia untuk memudahkan kelahiran. Ikuti 6 langkah ini.

1.    SENAMAN PELVIC FLOOR

Senaman ini bukan sahaja berguna untuk ibu hamil, malah kepada semua orang.

Semasa hamil, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. Akibatnya, seseorang itu akan mudah terkencing semasa bersin atau batuk. Senaman ini akan membantu menguatkan otot-otot pelvik.

Caranya:

  1. Lakukan kemutan.
  2. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa.
  3. Lakukan dalam kiraan enam saat, rehat dan ulang semula.
  4. Lakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MELAKUKAN REGANGAN

(A)    SECARA BERBARING

Baring terlentang dan letakkan kedua-dua tangan di sisi.

Tekuk kaki kanan dengan keadaan tapak kaki rata di atas lantai (membengkokkan lutut).

Kaki kiri pula diluruskan dengan tapak kaki kiri ditegakkan ke atas sehingga jari kaki mengarah ke muka anda.

Tahan seketika kemudian ulang semula dengan menekuk kaki kiri pula.

Lakukan secara bergilir kaki kiri dan kanan.

(B)    REGANG TUBUH

  • Duduk di atas lantai dengan kedua-dua kaki direntangkan.
  • Hulur lengan kanan ke arah pergelangan kaki dan angkat lengan kiri ke atas kepala menghala ke arah kanan secara perlahan-lahan.
  • Ulang gerakan ini selama beberapa kali kemudian tukar posisi satu lagi pula.
  • Lakukan berselang seli kiri dan kanan.
  • Kesan akan dirasai pada bahagian pinggang semasa meregang.

2.    BERTINGGUNG

  • Bertinggung seakan mencangkung, tetapi bertinggung ditahan oleh jari kaki manakala mencangkung ditahan oleh takak kaki.
  • Semasa bertinggung, kaki berada dalam keadaan bertinjit. Letakkan kedua-dua tangan di atas kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu.
  • Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu. Bertinggung merupakan satu senaman yang boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.

3.    BERENANG

Ibu hamil sememangnya disarankan untuk berenang.

Berenang boleh memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa beban.

Kawalan pernafasan semasa berenang akan dapat membantu semasa proses bersalin nanti kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran.

Ia juga menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.

Tekanan air akan membuatkan otot anda bekerja lebih sedikit dari biasa.

4.    BERJALAN KAKI

  • Bukan sahaja boleh mengeluarkan peluh, malah dapat membantu menggerakkan otot-otot yang bakal diperlukan semasa bersalin.
  • Mulakan berjalan kaki secara perlahan dengan jarak yang pendek.
  • Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.
  • Tambahkan sedikit kelajuan semasa berjalan dan juga menambah jarak.
  • Senaman ini juga sesuai dilakukan di tempat berhawa dingin seperti di pusat membeli-belah.

5.    MENAIKI TANGGA

Bersyukurlah jika lif di pejabat rosak sekali-sekali.

Jika tidak, anda tidak mungkin mahu menaiki tangga.

Senaman ini tidak sesuai dilakukan apa awal kehamilan kerana dikhuatir rahim ibu masih belum kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga.

Menaiki tangga banyak melibatkan otot peha dan pelvik.

Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak terlalu laju dipercayai dapat mempercepatkan bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

6.    KERJA RUMAH

Siapa bilang kerja-kerja rumah tidak meletihkan. Ibu sering dikatakan perlu banyak berehat.

Walau bagaimanapun, ibu hamil digalakkan melakukan kerja-kerja urmah yang tidak berat.Untuk itu ibu yang berada di awal kehamilan, kerja-kerja seperti menyapu lantai dan menyidai pakaian tidak menjadi masalah.

Elakkan dari mengemop lantai, mencuci bilik mandi dan mengangkat barang yang berat kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada ibu hamil atau janin di dalam kandungan.

Salam Sayang,

Kelab Ibu Hamil