Cara Latih Baby Direct Feed

Photo by Pixabay on Pexels.com

Baby tidak direct feeding seperti sudah menjadi perkara biasa. Sebelum ini telah banyak dikongsikan punca baby menolak menyusu terus ke breast dan masing-masing ada alasan sendiri.

Ramai juga yang terus mengambil langkah untuk kembali direct feeding dan Berjaya setelah berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.

Takkan nak mengalah dengan mudah pada baby sekecil itu kan?

Bagaimana untuk memulakannya?

Baby pasti menangis beria merah biru mukanya menangis apabila disuakan breast.

Sudah tentu kerana baby sudah selesa dengan aliran botol yang laju tidak perlu stimulate seperti mana direct feeding.

Di sinilah memerlukan hati yang kental, sabar, bertenang dan senyum.

Melatih untuk kembali df bukan boleh dipaksa. Sekali dua kali tiga kali belum tentu Berjaya mungkin kali ke 10 baby baru dapat dilatih menyusu ke breast.

Sebelum itu, baby kita bijak jangan sekali-kali under estimate. Sekali menangis terus dapat botol, akan dibuatnya lagi nanti. Dia tahu, menolak breast nangis beria lepas itu pasti dapat juga susu dari botol.

Nampak kan 😉

Photo by Pixabay on Pexels.com

Mari kita tengok apa yang boleh di buat untuk memulakannya.

1. Fahamkan orang keliling bahawa kita mahu melatih anak menyusu terus ke breast.

Bertegas itu penting dan lakukan dengan hikmah.

Mohon orang keliling bersabar dengan ragam baby yang pasti menjerit menangis sebelum dapat ditenangkan.

Berdoa banyak-banyak agar sekeliling menyokong usaha untuk kembali direct feeding.

2. Skin to skin.

Kembalikan suasana seperti mana selepas melahirkan. Berduaan dengan baby tanpa gangguan sesiapa membantu baby fokus.

Bunyi keliling boleh ganggu baby.

Di sini juga memberi peluang baby mendapat sentuhan terus ke kulit dan ibu dapat meningkatkan hormon oksitosin, ibu tenang baby pun tenang.

3. Baby yang masih meronta sukar dipegang dipeluk, bedungkan.

Ibu lebih mudah untuk memegang dan baby rasa dipeluk kemas boleh ditenangkan. Bedung untuk menenangkan bukan untuk tidur berlama-lama.

Bedung di sini tidak sama dengan bedung supaya baby tidur lama. Tidur lama ganggu penyusuan.

Photo by J carter on Pexels.com

4. Dalam tempoh melatih, elak suakan botol .

Cuba gunakan jari supaya baby dapat dirangsang untuk menghisap. Teknik mengisap jari adalah serupa dengan menyusu ke payudara. Finger feeding boleh digunakan untuk bantu bayi untuk menenangkan sebelum disuakan ke breast.

Gunakan cup untuk berikan susu perahan. Memberikan susu perahan menggunakan cup melatih baby mencuba untuk mendapatkan susu bukan seperti guna botol, silap cara pemberian susu mudah saja masuk ke dalam mulut baby.

5. Elak menggunakan puting tiruan kerana hisapan puting tiruan jauh bezanya dengan hisapan ke breast. Naluri menghisap baby memang tinggi. Penting kerapkan skin to skin untuk membolehkan baby selalu berada dekat dengan breast. Mengempeng itu adalah fitrah. Usah disekat naluri fitrah baby.

Photo by Pixabay on Pexels.com

6. Gunakan masa anak light sleep untuk latih menyusu terus ke breast. Di sini memang memerlukan masa yang banyak dan kesabaran kerana kita takde pilihan untuk terus mengadap baby ini sepanjang masa. Perlu terima hakikat kesilapan yang dicipta oleh sesetengah orang perlu dibayar semula untuk mendapatkannya, dengan masa.

7. Jika aliran susu didapati kurang, boleh buat tekanan/urutan lembut kepada breast untuk melancarkan aliran susu. Jika masih dalam pantang, tiada istilah susu drop tetapi kurang rangsangan menyebabkan susu tidak dihasilkan selari dengan keperluan baby. Jika didapati susu kurang, relaktasi. Sebenarnya baby tak perlu susu yang banyak pun sebab ususnya kecil saja tapi kerana aliran botol laju, baby tak mahu stimulate untuk mengeluarkan susu

8. Menyusu pada areola bukan pada nipple. Nipple flat nipple tenggelam, ibu perlu melatih baby buka mulut luas . Posisi menyusu juga perlu diperbaiki. Pegang baby rapat ke dada. Jangan biarkan baby rasa macam nak jatuh macam nak terlepas dari pegangan. Kekok itu perkara biasa tetapi sebagai ibu kita kena usaha untuk memperbaiki cara kita memegang baby. Apabila baby dipegang rapat, rasa selamat dan baby berasa tenang. Ada baby tidak selesa dengan cradle hold, ibu menyusu duduk . Apabila dicadangkan menyusu baring mengiring, baby boleh melekap dan menyusu ke breast dengan baik. Mencuba pelbagai posisi itu penting.

Photo by Pixabay on Pexels.com

9. Seimbangkan breast supaya tidak terlalu bengkak semasa melatih baby menyusu ke breast. Breast yang penuh alirannya laju dan biasanya nipple juga keras menyebabkan baby menolak breast. Usaha memerah guna tangan untuk lembutkan breast dan nipple. Practice make perfect.

10. Untuk bayi yang lebih besar, offer breast dengan cara ketika bermain mungkin dapat membantu melatih menyusu lebih tenang. Terlalu focus untuk direct feeding semata-mata boleh menimbulkan ketegangan dan kebimbangan. Lakukan dalam suasana yang menyeronokkan.

11. Selepas anak dapat melekap dengan betul, redakan ketegangan sambil berzikir dan jangan rasa kekok untuk urut perlahan-lahan belakang baby, sambil bercerita apa saja yang boleh meredakan perasaan selepas berusaha melatih baby menyusu ke breast.

12. Dapatkan bantuan segera dari mereka yang terlatih. Di hospital dan Klinik Kesihatan kebanyakkan sudah ada Unit Laktasi yang mana nurse berkaitan telah menjalani kursus penyusuan. Usah bertangguh.

Kejayaan bergantung pada usaha masing-masing. Masih 24jam dengan baby masih berpantang peluang terbuka luas untuk kembali direct feeding.

#ProtectBreastfeeding

9 Cara Suami Bantu Penyusuan Ibu

  • 1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi . Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak.
Photo by Elina Sazonova on Pexels.com
  • 2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan. Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.
  • 3) Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha
Photo by rawpixel.com on Pexels.com
  • 4) Urutan membanyakkan susu . Kaedah urutan untuk membnyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi kelas) Siapa lagi nak tolong isteri kalau bukan suami. lagipun masa ini lah nak bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami. Perlu ingat, urutan menambah susu bukan urutan menambah anak. hahaha. (amboi…..-farah-)
  • 5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah. Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga rapat.
  • 6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama . Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.
Photo by kelvin octa on Pexels.com
  • 6) Support/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai (in public). Disini practice make perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.
  • 7) Memberi bantuan kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berualang alik ke klinik.
  • 8) Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya . Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial drpd media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya
  • 9) Galakkan orang lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu. Bagi suami yg berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.

Kredit: SaraKids

Kenapa Anak Kerap Muntah Selepas Menyusu?

Photo by Pixabay on Pexels.com


Siapa ada masalah macam ni?

Muak tu bukannya sikit, kadang berderu keluar. Lepas susu je keluar balik macam susu basi.

Kenapa? Over feeding? Susu sejuk? Sendawa tak betul ke? Perut bayi berangin? 

Berdasarkan pada penerangan daripada Dr. Shahirah (@dr_shahirah) katanya bayi sebenarnya mengalami simptom in fantile gastro-esophageal reflux.

Ia adalah disebabkan oleh lower esophageal sphincter belum matang, ini menyebabkan ia tidak dapat menahan isi perut dari mengalir semula ke dalam esophagus.
.



Apa penyelesaiannya?

Memang kerap la bertukar baju disebabkan benda ni jadi. Baru tukar baju, dah muntah lagi. 

1. Jangan susukan bayi kalau rasa breast penuh. Perah sikit baru direct feeding pada bayi. 


2. Lepas susukan bayi, sendawakan dahulu bayi secara menegak. Kalau melalaui botol, sendawakan bila bayi dan minum 2-3oz. Jangan bagi terus 4-5oz, memang akan muntah banyak.


3. Kalau bayi dah tertidur, dukung bayi sekejap dengan posisi seperti dalam gambar supaya susu tidak mengalir masuk ke saluran esophagus.


Paling penting adalah jangan sesekali dudukkan bayi terutama lepas menyusu. Sebab tu akan buatkan dia lagi muntah keluar susu.

Harap perkongsian kali ini bermanfaat untuk mommies ye 😊😊