Kisah Bersalin | Suami Menagis di Labour Room

Harini aku dapat satu pengalaman.!!

Pengalaman melihat orang bersalin. Pengalaman dimana melihat seorang suami menangis melihat isteri.

Pengalaman melihat seorang suami yang takut melihat keadaan isteri. Melihat seorang ibu, menahan sakit, menahan esakan dan menahan kesakitan saat melahirkan seorang anak.

Ya Allah, sakit bersalin tuh Allah sahaja yang tahu.

Hujung mulut tuh hanya menyebut ALLAH. Itu yang aku dengar dari mulut seorang ibu.

Besar sungguh pengorbanan mereka. (Aku pun turut terasa sakitnya melihat dorang hihi)

Bersalin bukan satu benda yang mudah. Ada yang aku tengok tuh sampai 4 jam, still tak boleh bersalin.

Ada ibu yang mintak nak C-section disbbkan tak larat nak teran tapi doktor tak bagi sebab komplikasi lagi banyak seperti pendarahan. Masih juga doktor amalkan untuk SVD (bersalin normal). Ada yang terpaksa di vacuum disebabkan baby lemas.

Ini yang terjadi saat aku berkerja tadi. Bila berlaku emergency. Loceng kecemasan dibunyikan, semua doktor staff nurse gm berlari mendapatkan patient disebabkan baby dah kebiruan dan hampir collapse. Kepala bayi keluar separuh tetapi badan tak boleh nak keluar. Doktor terpaksa panjat untuk menekan perut ibu disebabkan ibu sudah tak larat nak meneran.

Bila keluar jeh terus berlari untuk suction bagi menyelamatkan bayi tersebut. Alhamdulillah, keajaiban boleh berlaku dimana2. Bayi tuh selamat 😇

Sempat jugak lah aku singgah jenguk bayi tuh, tiba2 mulut terasa nak kumat kamit

“Sayang, dah besar nanti jadi budak baik tau. Sian ibu tadi nak lahirkan kamu susah. Bertarung nyawa dia demi kamu”

Lantas air mata bergenang, teringat umi dekat rumah. Dah besar ni suka sakitkan hati dia. Tak pernah terfikir langsung saat dia lahirkan kita. Bila tengok sendiri, baru kita tahu sakitnya perut ibu melihat kita yang selalu sakitkan hatinya.

Pengalaman yang bermakna. Kerja labour room memang sangat best. Harini kerja tengok syurga kecil sahaja huhuhu ☺ ✌💋

Kredit : Siti Nurshuhadah

Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin?

Betul ke ni?

Siapa alami masalah ni sekarang?

Rambut gugur adalah disebabkn perubahan hormon Estrogen

1) Pertambahan hormon Estrogen ketika hamil.

Wanita dianggarkan mempunyai 100 ribu helai rambut di atas kulit kepala. Secara purata, anggaran 100 helai rambut gugur setiap hari. Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh lebih banyak. Oleh itu, semasa hamil, rambut anda biasanya akan lebih tebal dan lebih sihat.

(2) Penurunan hormon Estrogen selepas bersalin.

Selepas bersalin, tahap estrogen menurun (kembali pada paras normal) dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Dengan kata lain, lebih banyak rambut akan gugur.

Jadi, 2-3 bulan selepas melahirkan bayi, kebanyakan wanita akan mula mengalami rambut gugur terlalu banyak disebabkan perubahan hormon ini.

Jadi secara kebetulan, baby mula menyembur air liur pada usia 3-4 bulan dan dalam masa sama rambut mula gugur disebabkan perubahan hormon

Photo by cottonbro on Pexels.com

💜5 Tips Untuk Atasi Masalah Rambut Gugur💜

✔Potong rambut pendek sedikit agar rambut lebih mudah di urus, dan anda boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada bayi yang baru lahir, berbanding sibuk mengutip rambut di atas lantai! (oke, ni betul sangat 😒)

✔Guna syampu yang diperkaya vitamin B, atau syampu atau krim rambut yang berasaskan minyak kelapa atau pati santan. Ataupun boleh terus sapukan Minyak Kelapa Dara setiap hari

✔Guna sikat rambut yang lembut dan sikat dengan cermat untuk elakkan sikat menarik rambut dengan banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.

✔Keringkan rambut basah terlebih dahulu, dan jangan terlalu kuat mengeringkan rambut dengan tuala kerana ketika rambut basah, strukturnya lebih rapuh dan lebih mudah gugur.

✔Ambil makanan berkhasiat yang kaya dengan vitamin B, protein dan zat besi. Sebaiknya teruskan pengambilan vitamin prenatal (multivitamin) anda

Mudahkan? Tak guna modal besar pun. Yang penting seimbangkan pemakanan dan guna produk semulajadi

Selamat mencuba!

Apa Yang Harus Dilakukan Apabila Deman Sawan?

Terpanggil untuk berkongsi pasal demam sawan. Sebab baru- baru ni anak kesayangan diuji masalah yang sama.

Ibu-ibu pernah dengar pasal demam sawan?

Siapa yang perlu tahu pasal demam sawan?


1. Ibu Ayah yang ada sejarah demam sawan atau epilepsi.
2. Ibu Ayah yang ada bayi kecil – 6 tahun
3. Semua ibubapa

Kenapa perlu tahu?

Sebab ini kes kecemasan.


Ibu ayah perlu bertindak pantas demi menyelamatkan anak tercinta. Mereka amanah Allah yang perlu kita jaga.

Demam sawan selalu terjadi bila suhu 38°C dan ke atas.

Apa tanda-tanda demam sawan?


Ibu ayah kena kenalpasti tau untuk kita rawat secepatnya.

•Anak tidak sedarkan diri
•Bebola mata ke atas
•Tangan dan kaki kejang dan tersentak-sentak
•Air liur mengalir
•Tanda kebiruan di bibir dan tapak tangan

Jangan tunggu lama ibu ayah.

Apa yang perlu ibu ayah buat?


1. JANGAN PANIK. Saya faham sukar tapi kita cuba.
2.Jauhkan anak dari kawasan atau benda bahaya.
3.Posisikan anak mengiring ke kiri. Penting untuk mengelak makanan atau minuman masuk ke dalam paru-paru.
3.Cuba turunkan suhu badan anak. Basahkan kepala ketiak anak dengan air sejuk. Boleh masukkan ubat demam melalui dubur jika ada dan belum diberi.
4.Tengok masa tempoh sawan dan ingat setiap keadaan yang berlaku cth anak terberak atau terkencing ketika sawan.
Ada orang lain yg boleh rakam situasi tersebut lebih baik.
5.Dapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

❎Jangan sesekali suapkan ubat atau minuman kepada anak ya.
❎Jangan sesekali masukkan sudu atau apa-apa barang ke dalam mulut anak.
❎Jangan halang pergerakan sawan sehingga mencederakan anak.

Panduan Mudah Hamil

BEBERAPA PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL

1. Untuk wanita kahwin cepat bila ada peluang. Terbokti wanita paling subur sebelum umor 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain2 penyakit peranakkan. Jika ada jodoh jangan tangguh walau pun masih mengejar pendidekan tinggi dan kerjaya.

2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Sebaiknya jumpa doktor untuk periksa peranakan dan buat ujian kesuburan jika masih belum hamil.

Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor pakarpuan secepat munkin untuk periksa peranakkan dan ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan fizikal, mental dan emosi suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

Saya ingin menekankan bahawa stress adalah punca kepada berbagai penyakit dan penghalang kepada kehamilan serta jadi punca keguguran.

Tenangkan fikiran, relaks sambil berusaha dan berdoa. Amalkan cara2 atasi stress.

4. Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari.

Waktu subur bolih dikesan olih catitan suhu BBT dan ovulation test kit.BBT

6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.

Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.

Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.

Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat untuk menjayakan kehamilan.

Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.

Buat sebaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.

Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.

Baca quran 2-3 muka setiap hari.

Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemokkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan. Kegemokkan sering dikaitkan dengan PCOS dimana kilang telor bengkak dan telor sukar matang dan disertai gangguan haid.

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaikknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah – buah2 dan sayur2. Minum juz segar dari buah2 dan sayur2 Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan

10. Makan supplement multivitamins, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

11. Prosedur2 ujian menghasilkan kehamilan.

Xray HSG untuk buka saluran falopian menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan.

Begitu juga prosedur D&C hydrotubation.

Rawatan suntik benih suami IUI juga menghasilkan 10 – 30 % kehamilan.

Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sam hasilnya.

IVF ICSI begitu juga hasilnya 30 % kehamilan dengan kos tinggi RM15 – 20 K.

Pembedahan2 laparoscopy / minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai penyakit – cyst, fibroids, endometriosis , tubes blocked dan lain2 menghasilkan 50 – 60% kehamilan dalan jangka panjang.

12. Tiada magic formula untuk hamil dan dapat zuriat. Semua ditentukan Allah. Kita perlu berusaha dan dapatkan bimbangan pakar. Kuatkan azam dan terus mencuba. Tapi perlu tenangkan fikiran dan emosi. Jangan terlulu stress. Berserah dan tawakkal kepada Allah SWT.

Kredit : Dr Hamid Arsyat

Simpton Kehamilan dan Apa perlu dilakukan?

a. Haid Terlewat

Menanda hari pertama haid keluar setiap bulan adalah amat penting terutamanya yang selalu terlupa dan haid yang tidak menentu. Ada ibu yang datang bila saya tanya bilakah hari pertama darah haid terakhir, ramai yang tidak pasti. Kami kira due date seseorang ibu itu bersandarkan pada hari pertama haid dan bukannya hari terakhir!

Kami menggunakan formula Naegele untuk mengira ‘due date’. Terdapat perbezaan tarikh ‘due date’ jika kita menggunakan carta roda obstetrik yang banyak klinik-klinik pakai. Perbezaan mungkin dalam beberapa hari sahaja.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan tarikh ‘due date’ jauh berbeza dengan tarikh ultrasound. Di antaranya adalah haid tidak tetap, penyusuan badan dan pengambilan pil-pil hormon, suntikan dan Implanon sebagai cara mencegah kehamilan.

Lebih kurang 40% hari.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda tidak pasti bila haid turun atau anda menyusu badan atau menggunakan hormon perancang?

Mudah saje. Segera mendapatkan imbasan ultrasound. Di antara 8 hingga 13 minggu, ultrasound memberikan ukuran yang paling tepat kalau dibandingkan dengan kandungan pada trimester 2 dan 3. Jika terdapat lebih dari 2 minggu perbezaan dari tarikh mengikut haid, maka tarikh ‘due date’ menggunakan ultrasound boleh dipakai.

Kelebihan lain selain dari untuk tarikh, ultrasound juga digunakan untuk menentukan yang kehamilan itu berlaku dalam rahim, bukan kandungan molar dan bukan juga kes-kes keguguran.

b. Loya dan Muntah

Ini adalah lumrah pada trimester 1 dan boleh berlaku bila-bila masa dan kadangkala sepanjang mengandung. Muntah selalunya akan hilang selepas 16 minggu. Dalam entri yang lalu saya telah bincangkan dengan terperinci. Anda boleh semak semula.

c. Kerap Kencing

Ini disebabkan pengeluaran air kencing banyak semasa hamil kerana volum plasma meningkat semasa hamil. Keduanya disebabkan tekanan rahim pada pundi kencing.

·

d. Keletihan/Kepenatan

Ini yang paling ketara pada wanita-wanita yang selama ini mereka amat aktif. Keletihan yang amat sangat mendorong mereka menghabiskan masa tidur dan menjadi ‘malas’. Ini akan hilang selepas 12 minggu.

e. Payudara Bengkak, Sakit dan Sensitif

f. Pergerakan Bayi

Biasanya pada usia kandungan 20 minggu bagi anak pertama dan 18 minggu anak kedua ke atas.

Apakah ujian awal yang anda bolih lakukan sebelum berjumpa dengan doctor untuk ultrasound?

Sudah tentu ujian air kencing/Urine Pregnancy Test (UPT). Saya rasa tunggu seminggu lewat baru ujian UPT dilakukan. Di luar sana banyak kit-kit ujian air kencing. Jadi yang mana elok? Terdapat 2 jenis ujian UPT ini. Kebanyakkan ujian kit UPT hanya akan positif jika paras hCG dalam air kencing lebih dari 50 IU/l. hCG adalah hormon yang dihasilkan oleh tisu trofoblastik kehamilan. Kit-kit ini murah dalam RM 10 sahaja. Ada juga kit-kit ujian UPT ini yang boleh positif biarpun paras hCG dalam kencing serendah 25 IU/l. Kit-kit ini selalunya lebih mahal dalam RM 30-40.

Dalam kes-kes yang ‘doubtful’/kurang pasti sama ada seseorang itu mengadung atau tidak, hCG juga boleh diukur dengan menggunakan darah. Ujian hCG menggunakan darah amat sensitif dan telah menunjukkan positif selepas persenyawaan berlaku!

Paras hCG dalam darah akan meningkat 2 kali ganda setiap 48 jam bagi kehamilan yang normal. Jika kandungan etopik, kenaikan paras hCB tidak 2 kali ganda. Bagi kandungan Molar pula, paras hCG adalah amat tinggi sekali.

Menggunakan ultrasound pada peringkat awal kehamilan, mungkin sukar kerana di bawah 6 minggu amat sukar melihat embrio dalam kantungnya. Bagi saya dapat melihat kantung kandungan sudah mencukupi bagi peringkat awal dan saya akan sahkan embrio ada 2 minggu kemudian. Paling awal jantung embrio dapat dilihat dengan ultrasound adalah 6 minggu jika kita scan dari bawah/vagina dan 7 minggu jika ultrasound secara biasa. Janin akan mula bergerak seawal 9 minggu. Pergerakan ini hanya dapat dilihat dengan menggunakan ultrasound.

Kesimpulan dari perbincangan di atas, jika anda berasa anda hamil, lakukan ujian UPT selepas seminggu lewat haid dan waktu yang sesuai untuk ultrasound adalah 7 minggu. Ujian ultrasound pada awal kehamilan mempunyai banyak kebaikan selain dari mengesahkan anda hamil ianya juga membantu mengesahkan usia kandungan, di mana kehamilan ini berlaku dan memastikan kandungan bukan kandungan Molar dan keguguran.

Anda masih berusaha untuk hamil?

Pantang Larang Ketika Mengandung

PERINGKAT AWAL HAMIL – TRIMESTER PERTAMA (1-3 BULAN) 💕

Pada peringkat awal ini, biasanya wanita hamil akan berasa pening dan loya-loya. Hal ini membuatkan mereka berasa tidak selesa dari segi fizikal dan mental.

Justeru, dinasihatkan ibu hamil mengelakkan makanan yang meloyakan seperti susu atau makanan-makanan berlemak.
Elakkan juga makan atau minum yang menambahkan ketagihan seperti kopi, teh, Milo, coklat, merokok, minum minuman beralkohol dan mengambil dadah.

Ubat-ubatan yang meragukan tanpa mendapat kebenaran doktor harus dielakkan termasuk jamu.


Digalakkan supaya elakkan makan atau minum yang bersifat tajam dikhuatiri bagi mengelakkan keguguran seperti ikan pari, air tebu, nenas, peria dan air kelapa.


Tidak digalakkan berjumpa orang-orang yang menghidap penyakit berjangkit.


Bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan, digalakkan mengurangkan aktiviti lasak dan banyakkan berehat.

PERINGKAT PERTENGAHAN, TRIMESTER KEDUA (3-6 BULAN)👶🏻

Pada peringkat ini, ibu hamil sudah berasa semakin stabil dari segi emosi dan fizikal. Walaupun akan terasa sedikit lenguh dan sengal pada bahagian pinggang, hal ini masih tidak serius. Senaman ringan yang ringkas digalakkan buat ibu hamil pada peringkat ini dengan berpandukan jurulatih bertauliah atau sumber rujukan lain.

PERINGKAT AKHIR, TRIMESTER KETIGA (6-9 BULAN)👪

Pada peringkat ini, berat badan ibu hamil semakin bertambah dan perut juga menjadi semakin besar. Ibu hamil cukup sekadar melakukan aktiviti ringan seperti berjalan-jalan sambil menghirup udara segar.

Pengambilan air yang cukup sangat diperlukan pada peringkat ini untuk memastikan tubuh ibu tidak terhidrat dan bekalan air ketuban sentiasa mencukupi buat bayi di dalam rahim.

Photo by Pixabay on Pexels.com

Makan sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan muntah disebabkan keadaan bayi yang semakin membesar dan faktor kedudukan ruang perut.
da apa-apa lagi yang saya tertinggal? Mungkin ada yang tahu pantang larang semasa mengandung untuk orang Cina dan India? Kongsikan di ruangan komen.

Share dan tag pasangan anda.😘

Semoga bermanfaat!

Apa Itu Bakteria GBS?

~Ambil perhatian ye ibu2 mengandung..~

APAKAH GBS ??

GBS adalah Streptokokus Kumpulan B juga dikenali dengan strep B merupakan salah satu bakteria yang hidup dalam badan manusia.Kira-kira satu pertiga daripada kita membawa gbs di dalam usus kita. manakala 1/4 daripada wanita mempunyai gbs di dalam faraj mereka. Ini termasuklah wanita yang hamil.

APAKAH RISIKO GBS

Kuman GBS tidak membawa kesan apa-apa kepada kita kerana kita mempunyai sitem imun yang kuat. Namun tidak bagi golongan immunocompromised – pesakit AIDS, atau pesakit under chemotherapy, atau kekurangan zat, geng2 GBS positif ni boleh menyebabkan jangkitan yang serius di dalam darah.

Begitulah juga bayi yang baru lahir, tiada sebarang antibodi, tidak mampu mempertahankan diri jika terdedah kepada kuman GBS ini.

RISIKO GBS TERHADAP WANITA HAMIL

Kuman ini tidak mempunyai apa-apa risiko bagi wanita hamil dan tidak mempunyai apa-apa tanda yang anda dijangkiti. Oleh kerana GBS tidak menunjukkan apa-apa tanda, ibu hamil sering kali mendapati mereka pembawa kuman GBS secara kebetulan apabila mereka menjalani ujian calitan faraj (vaginal swab). Jangkitan GBS ini juga boleh datang dan pergi. Walaupun anda didapati positif pada awal kehamilan, tetapi anda mungkin tidak mempunyai GBS apabila tiba masa untuk bersalin.

TANDA-TANDA AWAL BAYI BERISIKO DIJANGKITI GBS

i) anda menunjukkan tanda untuk bersalin awal (sebelum minggu ke-37 kehamilan);

ii) air ketuban pecah 18 jam atau lebih sebelum bayi dilahirkan;

iii) suhu badan anda naik (38 ͦ C / 100 ͦ F atau pun lebih) ketika proses kelahiran;

iv) sebelum ini anda mempunyai bayi yang dijangkiti GBS;

v) anda didapati membawa GBS di faraj anda dan/atau dubur semasa anda hamil;

BAGAIMANA BAYI ANDA BOLEH DIJANGKITI KUMAN GBS

Bayi berisiko dijangkiti sebaik sahaja membran ketuban yang melindungi dirinya pecah. Apabila bermulanya proses kelahiran, bayi akan memasuki saluran peranakan ibu. Di sini bayi akan bersalut dengan organisma yang terdapat pada kulit dan vagina ibu termasuklah bakteria yang menyebabkan penyakit kelamin.

ADAKAH BAYI ANDA BERISIKO DIJANGKITI GBS APABILA IBU ADALAH PEMBAWA

Tidak semua bayi yang terdedah dengan kuman GBS dijangkiti kuman..

Bunting Pelamin Bukannya Hamil Anak Luar Nikah


“Tahniah, puan disahkan mengandung. Mengikut kiraan, usia janin ini lebih kurang enam minggu,” kata doktor.
.
“Tetapi doktor, kami baru berkahwin 4 minggu yang lalu. Apa orang lain akan kata nanti?” soal pasangan berkenaan.
.
Pasangan ini bernikah dan naik pelamin pada 28 Januari 2017 iaitu pada cuti raya Cina yang lalu. Empat minggu kemudian iaitu 28 Februari 2017, pengantin perempuan disahkan mengandung dan usia janin dianggarkan 6 minggu. Apa yang terjadi sebenarnya?
.
Bunting pelamin adalah ‘misnomer’. Ia seolah-olah menggambarkan pengantin perempuan telah hamil ketika bernikah dan menaiki pelamin sedangkan bukan itu yang berlaku sebenarnya. Bagi individu yang bunting pelamin, anda akan mendapati usia janin anda akan awal 1-2 minggu sebelum tarikh pernikahan dan mungkin boleh mengundang pandangan seorang orang ramai.
.
Contohnya anda berkahwin baru 4 minggu, namun doktor mengatakan usia janin anda 6 minggu. Di sinilah munculnya kata-kata nista daripada golongan yang suka menghina namun fakta pun tak tahu. Jika ada yang mengutuk atau pandang serong, jangan bimbang atau malu kerana mereka dengan secara sengaja telah menunjukkan kebodohan dan keaiban mereka secara terbuka.


.
Saya jelaskan kenapa perkara ini berlaku. Jika anda rujuk buku antenatal, ada tertulis tarikhr Last Menstrual Period (LMP) dan doktor juga akan bertanya bila hari pertama haid (menses) yang terakhir. LMP ialah hari pertama haid bermula.
.
CONTOH:
.
1. 14 Januari 2017 (2 minggu sebelum nikah)

Photo by Janko Ferlic on Pexels.com

Ovulation pula ialah hari ovum dilepaskan kira-kira sekitar hari ke-14.
28 Januari 2017 (pada hari pernikahan)
Persenyawaan pula boleh berlaku dalam tempoh 12-24 jam selepas ovum dilepaskan. Sperma boleh ‘hidup’ 3-7 hari di dalam rahim untuk ‘bersaing’ mempersenyawakan ovum yang akan ‘luput’ selepas tempoh tersebut.
.
2.28 Januari 2017 (pada malam pertama pernikahan)

Kebiasaannya wanita disahkan hamil selepas ‘missed period’ atau tidak datang haid selama 1-2 minggu dan ini akan ‘trigger’ pasangan untuk melakukan ujian kehamilan melalui air kencing pada minggu ke-5 atau ke-6 dari tarikh haid yang pertama.
.
3. 28 Februari 2017 (4 minggu selepas nikah dan 6 minggu selepas haid yang pertama)

Apabila anda mengandung, doktor akan mengira usia janin anda bermula daripada tarikh LMP (sekiranya sangat pasti tarikh tersebut dan haid anda teratur serta tidak mengambil perancang keluarga) walaupun ketika itu belum ada persenyawaan berlaku.


.
4. LMP 14 Januari 2017

Photo by Pixabay on Pexels.com

maka usia janin ialah 6 minggu pada 28 Februari (usia janin yang dikira melalui tarikh haid pertama bukanlah usia janin sebenar kerana jani terbentuk pada hari persenyawaan). Bagi kes-kes lain yang tidak memenuhi syarat dalam kurungan, usia janin ditentukan melalui imbasan ultrasound seawal usia yang boleh.
.
Jangan bimbang kerana semua kajian telah mengambil kira faktor ini untuk menentukan sama ada janin anda telah matang, belum matang, melebihi usia matang atau apa-apa intervensi perubatan atau dalam menentukan parameter ultrasound.
.
Namun apabila mengetahui fakta ini, ada pihak yang pandai-pandai lewatkan sendiri dua minggu sesuka hati seolah-olah penyelidik-penyelidik sebelum ini tidak pernah terfikir perkara sebegini. Ini hanya membahayakan diri dan bayi dalam kandungan.
.
Contohnya selepas tempoh EDD iaitu tarikh dijangka bersalin, ada pihak yang enggan ke hospital dan sengaja menunggu dua minggu lagi kononnya mereka tahu tentang ini. Sedangkan dengan berbuat demikian, risiko bayi mati dalam kandungan adalah sangat tinggi.
.
Akhir sekali, jangan pandang serong pada individu yang bunting pelamin kerana anda hanya akan menampakkan kebodohan diri sendiri.
.
Sumber rujukan Muhd Fadhil Mohd Fauzi 😊

Apa Yang Harus dilakukan Selepas Keguguran?

Apabila si ibu diberitahu tentang berita gembira tentang kehamilan tentulah kesyukuran & kegembiraan terpancar dimuka suami & isteri.

Tentulah sedih jika KEGUGURAN berlaku ketika menantikan kelahiran cahaya mata.

Photo by Ana Francisconi on Pexels.com

Keguguran ketika mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil.

Situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan selepas keguguran.

Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan.Jika kehilangan ini berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal.

Photo by Pixabay on Pexels.com

Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.

Keguguran biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah-masalah kromosom juga dikatakan penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab.

Untuk berkembang dengan betul, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Kecacatan ini mungkin berlaku kerana:

Terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat;

Terdapat perubahan dalam struktur kromosom.

Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio.

Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku akibat masalah kesihatan wanita tersebut berbanding masalah pada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini.

Soalannya perlu tak berurut & berpantang?

Jawapannya ialah PERLU BERURUT & BERPANTANG.

Photo by Pixabay on Pexels.com

Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh Berpantang & Berurut, Bertungku sama seperti ibu selepas bersalin. Cuma tempoh berpantang agak berbeza dengan berpantang selepas bersalin sebenar.

Berapa Lama Tempoh Berpantang ?

Kalau mengikut nasihat orang tua-tua dahulu, berpantang keguguran sama tempohnya dengan bersalin sebenar & lebih rapi.

Tetapi oleh kerana keadaan semasa & life style sekarang, tidak mengizikan ibu yang keguguran berpantang dalam tempoh yg lama untuk berehat & menjaga pemakanan.

Selalunya untuk Wanita yang bekerja, doktor hanya memberikan 7-10 hari cuti sakit akibat daripada keguguran.

Oleh kerana waktu berehat yang pendek meyebabkan Ibu yg keguguran tidak dapat berpantang sama seperti Ibu bersalin sebenar.

Ibu yang bersalin secara normal mahu pun pembedahan akan menjalani tempoh berpantang selama 40-44 hari, ada juga yg berpantang 60-100 hari.

Terpulang kepada individu. Tetapi untuk orang berpantang kerana keguguran, k.shila selalu mengesyorkan menjalani proses berpantang , berurut & bertungku serta menjaga pemakanan selama 14 hari paling minimum. Ini kerana utk menjalani proses berpantang sepenuhnya seperti yg di ajar oleh org tua-tua dulu adalah tidak practikal lagi kerana masalah kerja & cuti yg pendek.

Photo by rawpixel.com on Pexels.com

Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.

Berurut & bertungku sangat membantu untuk proses pemulihan selepas keguguran. Janganlah berurut mengikut ala kadar asalkan buat..!! Berurut & Bertungkulah sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh berpantang, urut seawal hari yg ke 3 atau ke 4 selepas proses DNC atau pun Janin keluar sendiri melalui proses natural. Kebaikan BERURUT & BERTUNGKU ialah mengeluarkan saki baki darah beku Yg tertinggal didalam Rahim atau disaluran peranakan, mengeluarkan angin, membaikan & melembutkan urat2 yg tegang & menyegarkan badan.

Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan mesti diambil berat.

Bayi Tak Ada Batu

Mungkin bunyinya lucu. Tetapi batu atau testis adalah organ penting bagi bayi lelaki.

Testis mesti berada di dalam kantung kulit di bawah penis atau dikenali sebagai skrotum.

Ketiadaan testis dalam kantung ini dikenali sebagai undescended testis. Testis sebenar ada. Tetapi tak ada di dalam kantung skrotum. Tak turun.

Kes ini kebiasaanya terjadi pada sebelah testis sahaja. Tetapi dalam 10% kes ada yang terjadi kepada kedua-dua belah testis.

Kebiasaanya bayi yang lahir di hospital akan diperiksa seawal kelahiran oleh doktor atau jururawat.

Ibubapa juga boleh memeriksa sendiri bayi lelaki anda di rumah. Sekiranya skrotum kosong, segera bawa ke klinik untuk dirujuk kepada pakar bedah kanak-kanak.

Photo by Daria Shevtsova on Pexels.com

Antara risiko sekiranya tidak dirawat awal ialah :

+ Masalah kesuburan
+ Kanser testis
+ Truma/kecederaan ketika kanak-kanak bermain.

Rawatan hanyalah dengan pembedahan. Waktu terbaik ialah sebelum bayi mencapai umur 2 tahun.

Mengurut tidak akan merawat penyakit ini.

Kredit: Klinik Dr Muhaimin

Kaedah Mengira Tarikh Mengandung

Photo by Arthur Goulart on Pexels.com

Tarikh anda dijangka bersalin boleh dianggar dengan mengira dari hari pertama haid terakhir anda.

Tarikh persenyawaan (date of conception) di hitung berlaku dalam julat waktu dari hari pertama haid terakhir hingga dua kali haid tergendala (time range from last menstrual period until two normal menstrual months missed). 

Untuk jangkaan tarikh bersalin, berdasarkan anggaran bahawa kehamilan seharusnya berlangsung selama sembilan bulan dan tujuh hari, atau 40 minggu.

Jadi, jangka waktu kelahiran dihitung daripada hari pertama haid terakhir (last menstrual period atau LMP) untuk menganggarkan tarikh bersalin anda.

Agak sukar untuk mendapat tarikh yang tepat dengan cara ini.

Pengiraannya lebih tepat jika kitaran haid anda tetap dan berlaku setiap 28 hari.

Photo by rawpixel.com on Pexels.com

Andaikan bahawa kitaran anda tetap dan boleh dijangka, jika LMP anda bermula pada 26 Januari, dijangka persenyawaan berlaku pada 9 Februari, maka tarikh bersalin anda ialah 2 November.

Doktor anda akan mengira tarikh bersalin anda semasa temu janji antenatal anda yang pertama.

Beliau akan menuliskan tarikh tersebut dalam nota materniti anda. Anda mungkin melihat tarikh tersebut ditulis sebagai tarikh dijangka bersalin (expected date of delivery atau EDD) dalam nota anda.

Ramai wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza tempohnya.

Oleh itu, mengira dari hari pertama LMP mungkin tidak memberikan anda tarikh yang boleh dipercayai. Imbasan ultrabunyi (ultrasound) anda yang pertama akan memberikan tarikh bersalin yang lebih tepat berdasarkan ukuran saiz janin serta kedudukannya dalam kantung rahim. 

Photo by Daniel Reche on Pexels.com

Kes Timbul Kekeliruan

“Nurse, boleh tahu kenapa nurse tulis kat buku tu lebih 6weeks ya. Suami kita tanya sebab kami baru je kahwin sebulan lebih. Haritu gaduh kejap sebab dia ingat kita buat tak elok..” adu seorang bakal ibu, perlahan sahaja suaranya. Inai masih merah di jarinya.

Wajah ayunya menunduk, mungkin segan dengan nurse lain yang sedang consult patients lain termasuk saya & nurse dalam bilik itu.

Ok straight to the point.

Tahu tak mengapa wanita perlu equip diri dengan agama & ilmu serta memilih lelaki yang juga beragama & berilmu (agama & pengetahuan sains biologi) sebagai suami?

1) Supaya apabila kalian ‘bunting pelamin’, si dia tak gelabah bila nurse beritahu isterinya mengandung 7 minggu sedangkan kalian baru kahwin 6 minggu. Dia cool sebab dia tahu kiraan minggu kandungan & due date ikut tarikh akhir period (last menstrual period-LMP).

Jangan gelak ya, sebab ada je terjadi kes suami tuduh isteri berzina dengan orang lain sebelum kahwin bila tahu kandungan lebih seminggu dari tarikh nikah. Tak ke tuduhan begitu menganiaya isteri namanya?

2) Bila tiba bab merancang anak, suami yang beragama & berilmu faham bahawa itu tugas bersama suami isteri & tak menyerahkan bulat-bulat ke atas tengkuk si isteri seorang. Sekiranya menolak kaedah yang dianjurkan KKIA kerana bimbangkan effectnya pada kesihatan isteri, dia akan bekerjasama melalui kaedah kondom/’azal’ dan tidak mementingkan diri sendiri.

Banyak sangat suami lepas tangan bab yang ni kepada isteri. Taknak isteri pakai perancang sebab nanti isteri gemuk, tapi selfish. Bila isteri pregnant rapat marahkan isteri pula. Kan ke jahil tu?

3) Pastikan suami ada basic ilmu fiqh kewanitaan yang kukuh. Atleast tahu berapa jenis darah wanita, apa beza haid, nifas & wiladah.

Tidaklah nanti masa berpantang baru 2 minggu dia sudah sibuk minta dilayan kehendak seksual sebab jahil-tak tahu beza jangkamasa haid & nifas itu berlainan.

Lagi bagus kalau ayah ambil pendekatan untuk berbual-bual dengan calon suami anak gadisnya tentang perkara asas ibadah & aqidah. Sebab selepas kahwin, menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik isteri & anak-anak.

4) Suami yang beragama & faham ilmu penyusuan akan menyokong isterinya yang menyusukan anak-anaknya dalam bentuk moral support seperti tolong membasuh peralatan pam susu, tolong refill air dalam tumblr & snack tepi katil, belikan milkbooster, selalu buat perkara yang happy-kan isteri sebab dia sedar,

Photo by rawpixel.com on Pexels.com

– Tugas memberi makan anak terletak di bahu ayah sebagai pemberi nafkah anak & isteri, jadi dia bersyukur & appreciate isteri tolong ringankan tugasnya bagi makan anak-anak (menyusukan anak)
– Dia sedar jika isteri stress, production susu badan akan drop. Jadi dia akan sentiasa bagi sokongan & reward isteri untuk tingkatkan hormon seretonin
– Dia nampak betapa susahnya isteri susukan anak-anak. 2 tahun tak pernah cukup tidur sebab bangun atleast 2 jam sekali untuk susukan anak. 
– Dia takkan komplen kalau bentuk badan isteri naik, sebab nafsu makan membuak-buak dalam tempoh penyusuan. Dia juga tak komplen bentuk fizikal breast isteri dah tak seperti sebelum itu.

5) Bila ada mulut jahat hasut; “kau kahwin je lain… bini kau tu mandul…” suami beriman & berilmu watlek wat peace je, tak termakan pun. Sebab dia yakin rezeki di tangan Tuhan & boleh jadi yang bermasalah itu dia. Jadi mereka sepakat sama-sama terus saling support each other & refer kepada pakar. 

6) Bila suami ada agama & basic ilmu biologi, dia tak terpengaruh dengan kata-kata anasir luar yang mengatakan isterinya tak mampu berikannya anak lelaki, sebab dia tahu… selain itu ketentuan Allah, ia juga kerana kromosom X atau Y bagi penentuan jantina anak bergantung pada kromosom si suami.

6) Suami yang beragama & berilmu akan faham walaupun gajinya hanya 3K & gaji isteri 19K sekalipun, dia tetap kena jalankan tanggungjawab menunaikan nafkah isteri dalam bentuk makan pakai, sediakan tempat tinggal & ubat-ubatan jika si isteri sakit-mengikut kemampuannya.

Ketahuilah wahai wanita, setelah kahwin apatah lagi selepas beranak pinak, cinta & rupa suami yang handsome je tak cukup kerana kita berdepan realiti & amanah yang berat setiap hari. 

Oleh itu, kehadiran seorang suami yang beragama, berilmu, berakhlak mulia & sangat sabar sangatlah membantu untuk kita menempuhi ujian di dalam perkahwinan, menjadikan kita isteri yang mengejar title solehah, di samping menuntun kita & anak-anak menuju kearah keredhaan Tuhan.

Perkahwinan tanpa agama & ilmu itu ibarat meniti titian yang rapuh. Kita bukan hanya mahu nampak bahagia di mata dunia bahkan benar-benar bahagia di dalam jiwa, juga bahagia dalam keredhaan Tuhan.

Manfaatkanlah waktu taaruf & bertunang untuk menilai sebaiknya pasangan kita, serta memperbaiki diri sendiri dari segi amal & ilmu, & janganlah mengisinya dengan kemaksiatan & perkara yang tidak berfaedah. Banyak orang menyesalinya dengan penyesalan yang tak berpenghujung.

Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah dalam dunia ini & mempermudahkan semua urusan suami isteri yang sedang TTC serta si bujang yang ingin mendirikan baitulmuslim. Amiin.