Dia Tak Nak Berus Gigi Doktor!

‘Dr, sy xberus gigi anak sy sbb dia mengamuk2 tiap kali nak berus gigi.’

Ibu Bapa semua, jika anak menangis/mengamuk xnak berus gigi, kita xboleh putus asa dan terus xberus gigi mereka. Anak kecil dlm proses belajar, jika mereka menangis xnak berus gigi dan kita pun xberus gigi mereka maka mereka akn belajar bahawa jika mereka menangis mereka xperlu berus gigi. Jadi rutin ini akn sentiasa berlaku dan akhirnya gigi anak tidak diberus dan akan menyebabkan gigi menjadi rosak/berlubang.

Cara bagaimana memberus gigi anak jika mereka menangis/mengamuk teruk.

1. Teknik Dua Orang

Jika anak mengamuk teruk, bapa boleh duduk dikerusi sambil memeluk anak di atas riba. Baringkan kepala anak diatas riba ibu sambil memegang tgn anak. Ibu boleh memegang kepala anak dan memaksa dia membuka mulut untuk memberus giginya.

2. Teknik seorang

Ibu/bapa boleh berdiri dibelakang anak dan memberus gigi sambil memegang kepala mereka. Ataupun duduk dibawah dan meletakkn anak dicelah kaki dan memeluknya. Kemudian anda boleh memberus gigi anak sambil memegang kepalanya.

‘Hari2 perlu buat macam ni ke?’

Bukan perlu buat hari2 begini,hanya ketika anak mengamuk teruk tidak mahu berus gigi. Dengan cara ini, anak kecil akan belajar bahawa tidak kira mereka menangis/mengamuk, rutin memberus gigi wajib juga dibuat. Lama kelamaan anak akan menerima hakikat bahawa memberus gigi ini WAJIB dilakukan tidak kira sama ada mereka xsuka/xmahu.

‘Nampak KEJAM la Dr paksa n biar anak menangis teruk macam ni…kesian..’

Kita hanya memberus gigi tidak sampai 2 minit pun, selepas itu anak akan berhenti menangis..Jika kita membiarkan gigi anak2 kecil tidak diberus sehingga menyebabkan kerosakan semua gigi dan akhirnya anak menangis sepanjang malam xtido sakit gigi, itulah sebenarnya yang lebih KEJAM.

Kredit: Dr @zulaikahosni

Klinik Pergigian Love