Bayi Tak Ada Batu

Mungkin bunyinya lucu. Tetapi batu atau testis adalah organ penting bagi bayi lelaki.

Testis mesti berada di dalam kantung kulit di bawah penis atau dikenali sebagai skrotum.

Ketiadaan testis dalam kantung ini dikenali sebagai undescended testis. Testis sebenar ada. Tetapi tak ada di dalam kantung skrotum. Tak turun.

Kes ini kebiasaanya terjadi pada sebelah testis sahaja. Tetapi dalam 10% kes ada yang terjadi kepada kedua-dua belah testis.

Kebiasaanya bayi yang lahir di hospital akan diperiksa seawal kelahiran oleh doktor atau jururawat.

Ibubapa juga boleh memeriksa sendiri bayi lelaki anda di rumah. Sekiranya skrotum kosong, segera bawa ke klinik untuk dirujuk kepada pakar bedah kanak-kanak.

Photo by Daria Shevtsova on Pexels.com

Antara risiko sekiranya tidak dirawat awal ialah :

+ Masalah kesuburan
+ Kanser testis
+ Truma/kecederaan ketika kanak-kanak bermain.

Rawatan hanyalah dengan pembedahan. Waktu terbaik ialah sebelum bayi mencapai umur 2 tahun.

Mengurut tidak akan merawat penyakit ini.

Kredit: Klinik Dr Muhaimin

Leave a comment