Panduan Mudah Hamil

BEBERAPA PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL

1. Untuk wanita kahwin cepat bila ada peluang. Terbokti wanita paling subur sebelum umor 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain2 penyakit peranakkan. Jika ada jodoh jangan tangguh walau pun masih mengejar pendidekan tinggi dan kerjaya.

2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Sebaiknya jumpa doktor untuk periksa peranakan dan buat ujian kesuburan jika masih belum hamil.

Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor pakarpuan secepat munkin untuk periksa peranakkan dan ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan fizikal, mental dan emosi suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

Saya ingin menekankan bahawa stress adalah punca kepada berbagai penyakit dan penghalang kepada kehamilan serta jadi punca keguguran.

Tenangkan fikiran, relaks sambil berusaha dan berdoa. Amalkan cara2 atasi stress.

4. Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari.

Waktu subur bolih dikesan olih catitan suhu BBT dan ovulation test kit.BBT

6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.

Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.

Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.

Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat untuk menjayakan kehamilan.

Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.

Buat sebaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.

Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.

Baca quran 2-3 muka setiap hari.

Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemokkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan. Kegemokkan sering dikaitkan dengan PCOS dimana kilang telor bengkak dan telor sukar matang dan disertai gangguan haid.

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaikknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah – buah2 dan sayur2. Minum juz segar dari buah2 dan sayur2 Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan

10. Makan supplement multivitamins, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

11. Prosedur2 ujian menghasilkan kehamilan.

Xray HSG untuk buka saluran falopian menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan.

Begitu juga prosedur D&C hydrotubation.

Rawatan suntik benih suami IUI juga menghasilkan 10 – 30 % kehamilan.

Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sam hasilnya.

IVF ICSI begitu juga hasilnya 30 % kehamilan dengan kos tinggi RM15 – 20 K.

Pembedahan2 laparoscopy / minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai penyakit – cyst, fibroids, endometriosis , tubes blocked dan lain2 menghasilkan 50 – 60% kehamilan dalan jangka panjang.

12. Tiada magic formula untuk hamil dan dapat zuriat. Semua ditentukan Allah. Kita perlu berusaha dan dapatkan bimbangan pakar. Kuatkan azam dan terus mencuba. Tapi perlu tenangkan fikiran dan emosi. Jangan terlulu stress. Berserah dan tawakkal kepada Allah SWT.

Kredit : Dr Hamid Arsyat

Simpton Kehamilan dan Apa perlu dilakukan?

a. Haid Terlewat

Menanda hari pertama haid keluar setiap bulan adalah amat penting terutamanya yang selalu terlupa dan haid yang tidak menentu. Ada ibu yang datang bila saya tanya bilakah hari pertama darah haid terakhir, ramai yang tidak pasti. Kami kira due date seseorang ibu itu bersandarkan pada hari pertama haid dan bukannya hari terakhir!

Kami menggunakan formula Naegele untuk mengira ‘due date’. Terdapat perbezaan tarikh ‘due date’ jika kita menggunakan carta roda obstetrik yang banyak klinik-klinik pakai. Perbezaan mungkin dalam beberapa hari sahaja.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan tarikh ‘due date’ jauh berbeza dengan tarikh ultrasound. Di antaranya adalah haid tidak tetap, penyusuan badan dan pengambilan pil-pil hormon, suntikan dan Implanon sebagai cara mencegah kehamilan.

Lebih kurang 40% hari.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda tidak pasti bila haid turun atau anda menyusu badan atau menggunakan hormon perancang?

Mudah saje. Segera mendapatkan imbasan ultrasound. Di antara 8 hingga 13 minggu, ultrasound memberikan ukuran yang paling tepat kalau dibandingkan dengan kandungan pada trimester 2 dan 3. Jika terdapat lebih dari 2 minggu perbezaan dari tarikh mengikut haid, maka tarikh ‘due date’ menggunakan ultrasound boleh dipakai.

Kelebihan lain selain dari untuk tarikh, ultrasound juga digunakan untuk menentukan yang kehamilan itu berlaku dalam rahim, bukan kandungan molar dan bukan juga kes-kes keguguran.

b. Loya dan Muntah

Ini adalah lumrah pada trimester 1 dan boleh berlaku bila-bila masa dan kadangkala sepanjang mengandung. Muntah selalunya akan hilang selepas 16 minggu. Dalam entri yang lalu saya telah bincangkan dengan terperinci. Anda boleh semak semula.

c. Kerap Kencing

Ini disebabkan pengeluaran air kencing banyak semasa hamil kerana volum plasma meningkat semasa hamil. Keduanya disebabkan tekanan rahim pada pundi kencing.

·

d. Keletihan/Kepenatan

Ini yang paling ketara pada wanita-wanita yang selama ini mereka amat aktif. Keletihan yang amat sangat mendorong mereka menghabiskan masa tidur dan menjadi ‘malas’. Ini akan hilang selepas 12 minggu.

e. Payudara Bengkak, Sakit dan Sensitif

f. Pergerakan Bayi

Biasanya pada usia kandungan 20 minggu bagi anak pertama dan 18 minggu anak kedua ke atas.

Apakah ujian awal yang anda bolih lakukan sebelum berjumpa dengan doctor untuk ultrasound?

Sudah tentu ujian air kencing/Urine Pregnancy Test (UPT). Saya rasa tunggu seminggu lewat baru ujian UPT dilakukan. Di luar sana banyak kit-kit ujian air kencing. Jadi yang mana elok? Terdapat 2 jenis ujian UPT ini. Kebanyakkan ujian kit UPT hanya akan positif jika paras hCG dalam air kencing lebih dari 50 IU/l. hCG adalah hormon yang dihasilkan oleh tisu trofoblastik kehamilan. Kit-kit ini murah dalam RM 10 sahaja. Ada juga kit-kit ujian UPT ini yang boleh positif biarpun paras hCG dalam kencing serendah 25 IU/l. Kit-kit ini selalunya lebih mahal dalam RM 30-40.

Dalam kes-kes yang ‘doubtful’/kurang pasti sama ada seseorang itu mengadung atau tidak, hCG juga boleh diukur dengan menggunakan darah. Ujian hCG menggunakan darah amat sensitif dan telah menunjukkan positif selepas persenyawaan berlaku!

Paras hCG dalam darah akan meningkat 2 kali ganda setiap 48 jam bagi kehamilan yang normal. Jika kandungan etopik, kenaikan paras hCB tidak 2 kali ganda. Bagi kandungan Molar pula, paras hCG adalah amat tinggi sekali.

Menggunakan ultrasound pada peringkat awal kehamilan, mungkin sukar kerana di bawah 6 minggu amat sukar melihat embrio dalam kantungnya. Bagi saya dapat melihat kantung kandungan sudah mencukupi bagi peringkat awal dan saya akan sahkan embrio ada 2 minggu kemudian. Paling awal jantung embrio dapat dilihat dengan ultrasound adalah 6 minggu jika kita scan dari bawah/vagina dan 7 minggu jika ultrasound secara biasa. Janin akan mula bergerak seawal 9 minggu. Pergerakan ini hanya dapat dilihat dengan menggunakan ultrasound.

Kesimpulan dari perbincangan di atas, jika anda berasa anda hamil, lakukan ujian UPT selepas seminggu lewat haid dan waktu yang sesuai untuk ultrasound adalah 7 minggu. Ujian ultrasound pada awal kehamilan mempunyai banyak kebaikan selain dari mengesahkan anda hamil ianya juga membantu mengesahkan usia kandungan, di mana kehamilan ini berlaku dan memastikan kandungan bukan kandungan Molar dan keguguran.

Anda masih berusaha untuk hamil?

Pantang Larang Ketika Mengandung

PERINGKAT AWAL HAMIL – TRIMESTER PERTAMA (1-3 BULAN) 💕

Pada peringkat awal ini, biasanya wanita hamil akan berasa pening dan loya-loya. Hal ini membuatkan mereka berasa tidak selesa dari segi fizikal dan mental.

Justeru, dinasihatkan ibu hamil mengelakkan makanan yang meloyakan seperti susu atau makanan-makanan berlemak.
Elakkan juga makan atau minum yang menambahkan ketagihan seperti kopi, teh, Milo, coklat, merokok, minum minuman beralkohol dan mengambil dadah.

Ubat-ubatan yang meragukan tanpa mendapat kebenaran doktor harus dielakkan termasuk jamu.


Digalakkan supaya elakkan makan atau minum yang bersifat tajam dikhuatiri bagi mengelakkan keguguran seperti ikan pari, air tebu, nenas, peria dan air kelapa.


Tidak digalakkan berjumpa orang-orang yang menghidap penyakit berjangkit.


Bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan, digalakkan mengurangkan aktiviti lasak dan banyakkan berehat.

PERINGKAT PERTENGAHAN, TRIMESTER KEDUA (3-6 BULAN)👶🏻

Pada peringkat ini, ibu hamil sudah berasa semakin stabil dari segi emosi dan fizikal. Walaupun akan terasa sedikit lenguh dan sengal pada bahagian pinggang, hal ini masih tidak serius. Senaman ringan yang ringkas digalakkan buat ibu hamil pada peringkat ini dengan berpandukan jurulatih bertauliah atau sumber rujukan lain.

PERINGKAT AKHIR, TRIMESTER KETIGA (6-9 BULAN)👪

Pada peringkat ini, berat badan ibu hamil semakin bertambah dan perut juga menjadi semakin besar. Ibu hamil cukup sekadar melakukan aktiviti ringan seperti berjalan-jalan sambil menghirup udara segar.

Pengambilan air yang cukup sangat diperlukan pada peringkat ini untuk memastikan tubuh ibu tidak terhidrat dan bekalan air ketuban sentiasa mencukupi buat bayi di dalam rahim.

Photo by Pixabay on Pexels.com

Makan sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan muntah disebabkan keadaan bayi yang semakin membesar dan faktor kedudukan ruang perut.
da apa-apa lagi yang saya tertinggal? Mungkin ada yang tahu pantang larang semasa mengandung untuk orang Cina dan India? Kongsikan di ruangan komen.

Share dan tag pasangan anda.😘

Semoga bermanfaat!

Apa Itu Bakteria GBS?

~Ambil perhatian ye ibu2 mengandung..~

APAKAH GBS ??

GBS adalah Streptokokus Kumpulan B juga dikenali dengan strep B merupakan salah satu bakteria yang hidup dalam badan manusia.Kira-kira satu pertiga daripada kita membawa gbs di dalam usus kita. manakala 1/4 daripada wanita mempunyai gbs di dalam faraj mereka. Ini termasuklah wanita yang hamil.

APAKAH RISIKO GBS

Kuman GBS tidak membawa kesan apa-apa kepada kita kerana kita mempunyai sitem imun yang kuat. Namun tidak bagi golongan immunocompromised – pesakit AIDS, atau pesakit under chemotherapy, atau kekurangan zat, geng2 GBS positif ni boleh menyebabkan jangkitan yang serius di dalam darah.

Begitulah juga bayi yang baru lahir, tiada sebarang antibodi, tidak mampu mempertahankan diri jika terdedah kepada kuman GBS ini.

RISIKO GBS TERHADAP WANITA HAMIL

Kuman ini tidak mempunyai apa-apa risiko bagi wanita hamil dan tidak mempunyai apa-apa tanda yang anda dijangkiti. Oleh kerana GBS tidak menunjukkan apa-apa tanda, ibu hamil sering kali mendapati mereka pembawa kuman GBS secara kebetulan apabila mereka menjalani ujian calitan faraj (vaginal swab). Jangkitan GBS ini juga boleh datang dan pergi. Walaupun anda didapati positif pada awal kehamilan, tetapi anda mungkin tidak mempunyai GBS apabila tiba masa untuk bersalin.

TANDA-TANDA AWAL BAYI BERISIKO DIJANGKITI GBS

i) anda menunjukkan tanda untuk bersalin awal (sebelum minggu ke-37 kehamilan);

ii) air ketuban pecah 18 jam atau lebih sebelum bayi dilahirkan;

iii) suhu badan anda naik (38 ͦ C / 100 ͦ F atau pun lebih) ketika proses kelahiran;

iv) sebelum ini anda mempunyai bayi yang dijangkiti GBS;

v) anda didapati membawa GBS di faraj anda dan/atau dubur semasa anda hamil;

BAGAIMANA BAYI ANDA BOLEH DIJANGKITI KUMAN GBS

Bayi berisiko dijangkiti sebaik sahaja membran ketuban yang melindungi dirinya pecah. Apabila bermulanya proses kelahiran, bayi akan memasuki saluran peranakan ibu. Di sini bayi akan bersalut dengan organisma yang terdapat pada kulit dan vagina ibu termasuklah bakteria yang menyebabkan penyakit kelamin.

ADAKAH BAYI ANDA BERISIKO DIJANGKITI GBS APABILA IBU ADALAH PEMBAWA

Tidak semua bayi yang terdedah dengan kuman GBS dijangkiti kuman..

Bunting Pelamin Bukannya Hamil Anak Luar Nikah


“Tahniah, puan disahkan mengandung. Mengikut kiraan, usia janin ini lebih kurang enam minggu,” kata doktor.
.
“Tetapi doktor, kami baru berkahwin 4 minggu yang lalu. Apa orang lain akan kata nanti?” soal pasangan berkenaan.
.
Pasangan ini bernikah dan naik pelamin pada 28 Januari 2017 iaitu pada cuti raya Cina yang lalu. Empat minggu kemudian iaitu 28 Februari 2017, pengantin perempuan disahkan mengandung dan usia janin dianggarkan 6 minggu. Apa yang terjadi sebenarnya?
.
Bunting pelamin adalah ‘misnomer’. Ia seolah-olah menggambarkan pengantin perempuan telah hamil ketika bernikah dan menaiki pelamin sedangkan bukan itu yang berlaku sebenarnya. Bagi individu yang bunting pelamin, anda akan mendapati usia janin anda akan awal 1-2 minggu sebelum tarikh pernikahan dan mungkin boleh mengundang pandangan seorang orang ramai.
.
Contohnya anda berkahwin baru 4 minggu, namun doktor mengatakan usia janin anda 6 minggu. Di sinilah munculnya kata-kata nista daripada golongan yang suka menghina namun fakta pun tak tahu. Jika ada yang mengutuk atau pandang serong, jangan bimbang atau malu kerana mereka dengan secara sengaja telah menunjukkan kebodohan dan keaiban mereka secara terbuka.


.
Saya jelaskan kenapa perkara ini berlaku. Jika anda rujuk buku antenatal, ada tertulis tarikhr Last Menstrual Period (LMP) dan doktor juga akan bertanya bila hari pertama haid (menses) yang terakhir. LMP ialah hari pertama haid bermula.
.
CONTOH:
.
1. 14 Januari 2017 (2 minggu sebelum nikah)

Photo by Janko Ferlic on Pexels.com

Ovulation pula ialah hari ovum dilepaskan kira-kira sekitar hari ke-14.
28 Januari 2017 (pada hari pernikahan)
Persenyawaan pula boleh berlaku dalam tempoh 12-24 jam selepas ovum dilepaskan. Sperma boleh ‘hidup’ 3-7 hari di dalam rahim untuk ‘bersaing’ mempersenyawakan ovum yang akan ‘luput’ selepas tempoh tersebut.
.
2.28 Januari 2017 (pada malam pertama pernikahan)

Kebiasaannya wanita disahkan hamil selepas ‘missed period’ atau tidak datang haid selama 1-2 minggu dan ini akan ‘trigger’ pasangan untuk melakukan ujian kehamilan melalui air kencing pada minggu ke-5 atau ke-6 dari tarikh haid yang pertama.
.
3. 28 Februari 2017 (4 minggu selepas nikah dan 6 minggu selepas haid yang pertama)

Apabila anda mengandung, doktor akan mengira usia janin anda bermula daripada tarikh LMP (sekiranya sangat pasti tarikh tersebut dan haid anda teratur serta tidak mengambil perancang keluarga) walaupun ketika itu belum ada persenyawaan berlaku.


.
4. LMP 14 Januari 2017

Photo by Pixabay on Pexels.com

maka usia janin ialah 6 minggu pada 28 Februari (usia janin yang dikira melalui tarikh haid pertama bukanlah usia janin sebenar kerana jani terbentuk pada hari persenyawaan). Bagi kes-kes lain yang tidak memenuhi syarat dalam kurungan, usia janin ditentukan melalui imbasan ultrasound seawal usia yang boleh.
.
Jangan bimbang kerana semua kajian telah mengambil kira faktor ini untuk menentukan sama ada janin anda telah matang, belum matang, melebihi usia matang atau apa-apa intervensi perubatan atau dalam menentukan parameter ultrasound.
.
Namun apabila mengetahui fakta ini, ada pihak yang pandai-pandai lewatkan sendiri dua minggu sesuka hati seolah-olah penyelidik-penyelidik sebelum ini tidak pernah terfikir perkara sebegini. Ini hanya membahayakan diri dan bayi dalam kandungan.
.
Contohnya selepas tempoh EDD iaitu tarikh dijangka bersalin, ada pihak yang enggan ke hospital dan sengaja menunggu dua minggu lagi kononnya mereka tahu tentang ini. Sedangkan dengan berbuat demikian, risiko bayi mati dalam kandungan adalah sangat tinggi.
.
Akhir sekali, jangan pandang serong pada individu yang bunting pelamin kerana anda hanya akan menampakkan kebodohan diri sendiri.
.
Sumber rujukan Muhd Fadhil Mohd Fauzi 😊

Kaedah Mengira Tarikh Mengandung

Photo by Arthur Goulart on Pexels.com

Tarikh anda dijangka bersalin boleh dianggar dengan mengira dari hari pertama haid terakhir anda.

Tarikh persenyawaan (date of conception) di hitung berlaku dalam julat waktu dari hari pertama haid terakhir hingga dua kali haid tergendala (time range from last menstrual period until two normal menstrual months missed). 

Untuk jangkaan tarikh bersalin, berdasarkan anggaran bahawa kehamilan seharusnya berlangsung selama sembilan bulan dan tujuh hari, atau 40 minggu.

Jadi, jangka waktu kelahiran dihitung daripada hari pertama haid terakhir (last menstrual period atau LMP) untuk menganggarkan tarikh bersalin anda.

Agak sukar untuk mendapat tarikh yang tepat dengan cara ini.

Pengiraannya lebih tepat jika kitaran haid anda tetap dan berlaku setiap 28 hari.

Photo by rawpixel.com on Pexels.com

Andaikan bahawa kitaran anda tetap dan boleh dijangka, jika LMP anda bermula pada 26 Januari, dijangka persenyawaan berlaku pada 9 Februari, maka tarikh bersalin anda ialah 2 November.

Doktor anda akan mengira tarikh bersalin anda semasa temu janji antenatal anda yang pertama.

Beliau akan menuliskan tarikh tersebut dalam nota materniti anda. Anda mungkin melihat tarikh tersebut ditulis sebagai tarikh dijangka bersalin (expected date of delivery atau EDD) dalam nota anda.

Ramai wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza tempohnya.

Oleh itu, mengira dari hari pertama LMP mungkin tidak memberikan anda tarikh yang boleh dipercayai. Imbasan ultrabunyi (ultrasound) anda yang pertama akan memberikan tarikh bersalin yang lebih tepat berdasarkan ukuran saiz janin serta kedudukannya dalam kantung rahim. 

Photo by Daniel Reche on Pexels.com

Kes Timbul Kekeliruan

“Nurse, boleh tahu kenapa nurse tulis kat buku tu lebih 6weeks ya. Suami kita tanya sebab kami baru je kahwin sebulan lebih. Haritu gaduh kejap sebab dia ingat kita buat tak elok..” adu seorang bakal ibu, perlahan sahaja suaranya. Inai masih merah di jarinya.

Wajah ayunya menunduk, mungkin segan dengan nurse lain yang sedang consult patients lain termasuk saya & nurse dalam bilik itu.

Ok straight to the point.

Tahu tak mengapa wanita perlu equip diri dengan agama & ilmu serta memilih lelaki yang juga beragama & berilmu (agama & pengetahuan sains biologi) sebagai suami?

1) Supaya apabila kalian ‘bunting pelamin’, si dia tak gelabah bila nurse beritahu isterinya mengandung 7 minggu sedangkan kalian baru kahwin 6 minggu. Dia cool sebab dia tahu kiraan minggu kandungan & due date ikut tarikh akhir period (last menstrual period-LMP).

Jangan gelak ya, sebab ada je terjadi kes suami tuduh isteri berzina dengan orang lain sebelum kahwin bila tahu kandungan lebih seminggu dari tarikh nikah. Tak ke tuduhan begitu menganiaya isteri namanya?

2) Bila tiba bab merancang anak, suami yang beragama & berilmu faham bahawa itu tugas bersama suami isteri & tak menyerahkan bulat-bulat ke atas tengkuk si isteri seorang. Sekiranya menolak kaedah yang dianjurkan KKIA kerana bimbangkan effectnya pada kesihatan isteri, dia akan bekerjasama melalui kaedah kondom/’azal’ dan tidak mementingkan diri sendiri.

Banyak sangat suami lepas tangan bab yang ni kepada isteri. Taknak isteri pakai perancang sebab nanti isteri gemuk, tapi selfish. Bila isteri pregnant rapat marahkan isteri pula. Kan ke jahil tu?

3) Pastikan suami ada basic ilmu fiqh kewanitaan yang kukuh. Atleast tahu berapa jenis darah wanita, apa beza haid, nifas & wiladah.

Tidaklah nanti masa berpantang baru 2 minggu dia sudah sibuk minta dilayan kehendak seksual sebab jahil-tak tahu beza jangkamasa haid & nifas itu berlainan.

Lagi bagus kalau ayah ambil pendekatan untuk berbual-bual dengan calon suami anak gadisnya tentang perkara asas ibadah & aqidah. Sebab selepas kahwin, menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik isteri & anak-anak.

4) Suami yang beragama & faham ilmu penyusuan akan menyokong isterinya yang menyusukan anak-anaknya dalam bentuk moral support seperti tolong membasuh peralatan pam susu, tolong refill air dalam tumblr & snack tepi katil, belikan milkbooster, selalu buat perkara yang happy-kan isteri sebab dia sedar,

Photo by rawpixel.com on Pexels.com

– Tugas memberi makan anak terletak di bahu ayah sebagai pemberi nafkah anak & isteri, jadi dia bersyukur & appreciate isteri tolong ringankan tugasnya bagi makan anak-anak (menyusukan anak)
– Dia sedar jika isteri stress, production susu badan akan drop. Jadi dia akan sentiasa bagi sokongan & reward isteri untuk tingkatkan hormon seretonin
– Dia nampak betapa susahnya isteri susukan anak-anak. 2 tahun tak pernah cukup tidur sebab bangun atleast 2 jam sekali untuk susukan anak. 
– Dia takkan komplen kalau bentuk badan isteri naik, sebab nafsu makan membuak-buak dalam tempoh penyusuan. Dia juga tak komplen bentuk fizikal breast isteri dah tak seperti sebelum itu.

5) Bila ada mulut jahat hasut; “kau kahwin je lain… bini kau tu mandul…” suami beriman & berilmu watlek wat peace je, tak termakan pun. Sebab dia yakin rezeki di tangan Tuhan & boleh jadi yang bermasalah itu dia. Jadi mereka sepakat sama-sama terus saling support each other & refer kepada pakar. 

6) Bila suami ada agama & basic ilmu biologi, dia tak terpengaruh dengan kata-kata anasir luar yang mengatakan isterinya tak mampu berikannya anak lelaki, sebab dia tahu… selain itu ketentuan Allah, ia juga kerana kromosom X atau Y bagi penentuan jantina anak bergantung pada kromosom si suami.

6) Suami yang beragama & berilmu akan faham walaupun gajinya hanya 3K & gaji isteri 19K sekalipun, dia tetap kena jalankan tanggungjawab menunaikan nafkah isteri dalam bentuk makan pakai, sediakan tempat tinggal & ubat-ubatan jika si isteri sakit-mengikut kemampuannya.

Ketahuilah wahai wanita, setelah kahwin apatah lagi selepas beranak pinak, cinta & rupa suami yang handsome je tak cukup kerana kita berdepan realiti & amanah yang berat setiap hari. 

Oleh itu, kehadiran seorang suami yang beragama, berilmu, berakhlak mulia & sangat sabar sangatlah membantu untuk kita menempuhi ujian di dalam perkahwinan, menjadikan kita isteri yang mengejar title solehah, di samping menuntun kita & anak-anak menuju kearah keredhaan Tuhan.

Perkahwinan tanpa agama & ilmu itu ibarat meniti titian yang rapuh. Kita bukan hanya mahu nampak bahagia di mata dunia bahkan benar-benar bahagia di dalam jiwa, juga bahagia dalam keredhaan Tuhan.

Manfaatkanlah waktu taaruf & bertunang untuk menilai sebaiknya pasangan kita, serta memperbaiki diri sendiri dari segi amal & ilmu, & janganlah mengisinya dengan kemaksiatan & perkara yang tidak berfaedah. Banyak orang menyesalinya dengan penyesalan yang tak berpenghujung.

Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah dalam dunia ini & mempermudahkan semua urusan suami isteri yang sedang TTC serta si bujang yang ingin mendirikan baitulmuslim. Amiin.

Segalanya Tentang Sperma

Photo by Pixabay on Pexels.com

” Jika satu sperma sahaja yang perlu untuk menghasilkan satu bayi, kenapa seorang lelaki memerlukan jutaan sperma untuk satu kehamilan ?”
” Berapa lama ia hidup ? “

” Bagaimana untuk menghasilkan sperma yang sihat ? “
Di atas adalah diantara soalan yang kerap ditanya.


Berapa lama sperma boleh hidup?

Yang paling penting ialah dimana sperma tersebut berada. Sekiranya ia terlekat pada pakaian atau kain, sperma selalunya akan mati sebaik sahaja air mani menjadi kering. Sekiranya sperma berada didalam air atau tub mandian, ia mungkin akan hidup lebih lama terutama kalau air agak suam.


Dalam badan wanita selepas ejakulasi didalam faraj, sperma boleh hidup sehingga 5 hari. Sekiranya anda bersama beberapa hari sebelum ovulasi terjadi, kemungkinan anda untuk hamil adalah tinggi.


Berapa bilangan sperma yang diperlukan untuk terjadi kehamilan?

Walaupun kita memerlukan satu sperma sahaja untuk menghasilkan satu bayi, perjalanan sperma dari faraj ke salur fallopian adalah sangat jauh dan berliku menyebabkan berjuta juta sperma mati sebelum sempat sampai ke rahim.

Dari beratus juta cuma ratusan sperma sahaja yang akhirnya sampai ke saluran fallopian dan cuma satu sperma yang paling sihat dan kuat sahaja yang boleh menembusi dinding telur yang tebal. Saintis percaya ini adalah sebahagian dari proses semulajadi untuk memastikan sperma yang terbaik dan berkualiti sahaja yang boleh bersenyawa bagi mempastikan kejadian janin yang sihat.

Photo by Oliver Sjöström on Pexels.com


Adakah terdapat amalan atau ubat yang boleh menghasilkan sperma yang sihat?

✔ Kurangkan merokok
✔ Pastikan anda tidak terdedah kepada toksin persekitaran seperti pembunuh serangga dan sebagainya.
✔ Kurangkan minuman alkohol.
✔ Makan makanan yang sihat dan cuba kurangkan berat badan kalau lemak berlebihan.
✔ Sekiranya ada penghidap kencing manis dan sebagainya, pastikan ia dalam keadaan terkawal.
✔Kurangkan pemakaian jeans atau seluar dalam ketat kerana haba yang tinggi pada skrotum menyebabkan pengeluaran sperma menjadi kurang.

Bagaimana Rancang Kehamilan?

Photo by Studio 7042 on Pexels.com

Kepentingan merancang kehamilan

Sekiranya mereka berpeluang merancang keluarga, ia menjadi pengurusan kekeluargaan lebih baik dan menyumbang kepada mutu kehidupan yang positif. Mitos dan persepsi mengenai teknik kontrasepsi seperti penggunaan pil dan sistem intrauterine sudah ketinggalan zaman. Dengan kepelbagaian pilihan penggunaan alat pencegah kehamilan kini, wanita berpeluang membuat pilihan yang manakah sesuai dengan keadaan diri mereka.

Kaedah kontrasepsi memudahkan wanita, selamat diamalkan, mampu dimiliki dan ia memberi manfaat bukan saja bertujuan mencegah kehamilan, sebaliknya banyak manfaat kesihatan berkaitan boleh dinikmati wanita seperti mengawal haid serta membawa kebaikan kepada kulit dan tulang.

Photo by Tim Gouw on Pexels.com

Penggunaan pil pencegah kehamilan menjamin mutu kesihatan wanita. Apabila wanita dapat merancang keluarga dengan baik, ia menyumbang kepada kurangnya kadar kematian bayi, mengelakkan gangguan prahaid dan masalah akne juga dapat diatasi. Manfaat lain daripada pengambilan pil pencegah kehamilan ini ialah kualiti hidup meningkat dengan wujudnya taraf kesihatan memuaskan di kalangan ahli keluarga seterusnya mempunyai lebih tenaga untuk membina kerjaya peribadi dan kegiatan bermasyarakat.

Penggunaan pil pencegah kehamilan ini juga menyelamatkan wanita dalam banyak perkara terutama kesihatan wanita ketika hamil. Ketika hamil, banyak risiko dihadapi wanita seperti kandungan yang tidak diingini, bayi mati dalam kandungan, gejala berkaitan ovari, barah dan jantung. Dengan pengambilan pil pencegah kehamilan, wanita mungkin dapat mengelakkan daripada mengalami gejala berkaitan dan kesihatan mereka juga terpelihara daripada penyakit berkenaan.

Kemudahan dan akses terhadap pengetahuan mengenai pil pencegah kehamilan ini meletakkan wanita boleh merancang keluarga dengan baik sekali gus memperkasakan wanita baik di tempat kerja mahupun ketika bersama keluarga di rumah.

Photo by Pixabay on Pexels.com

Banyak kaedah rancang proses kehamilan

Terdapat berbagai-bagai jenis perancang keluarga boleh didapati di negara ini dan ia boleh dibahagikan kepada kaedah moden, semulajadi dan tradisional. Walau bagaimanapun, tiada bukti saintifik yang menyokong keberkesanan kaedah tradisional. Perancang keluarga moden dibahagikan kepada kaedah sementara dan kekal. Kaedah sementara ini terdiri daripada kaedah yang mengandungi hormon dan tidak mengandungi hormon.

Kaedah mengandungi hormon

Kaedah perancang keluarga yang mengandungi hormon adalah pil perancang keluarga, suntikan hormon, implan, plaster, tampalan dan vaginal ring.

1 – Pil perancang keluarga

Terdapat 2 jenis pil perancang kelaurga iaitu sejenis pil yang mengandungi 2 jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron manakala sejenis lagi mengandungi 1 jenis hormon sahaja iaitu progesteron. Pil yang mengandungi sejenis hormon selamat digunakan sewaktu ibu tersebut menyusukan anaknya.

Pil perancang berkesan sekiranya dimakan sewaktu haid bermula setiap hari selama 21 hari, kemudian berhenti untuk 7 hari di mana haid akan keluar pada masa tersebut. Pengambilan ubat perlulah setiap hari serta pada masa yang sama agar paras hormon tersebut di dalam badan adalah konsisten bagi mengelakkan risiko mengandung. Sekiranya pengambilan ubat adalah betul, risiko hamil adalah serendah 0.3%. Pengguna kaedah ini akan kembali subur apabila seseorang wanita itu berhenti mengambil pil perancang keluarga.

Photo by ramtin ak on Pexels.com

KOMEN :
Pil perancang jenama Mercillon adalah antara produk yang bagus pada pengujung tahun 90an, tetapi menurut sesetengah individu setelah pengambilan pil, mereka mendapati berat badan tidak konsisten, mood tidak menentu dan kurang bernafsu terhadap hubungan intim. Walau bagaimanapun, kedatangan haid akan menjadi tepat setiap bulan. Harganya pula dalam lingkungan kurang RM20.00 sekotak.

Pil perancang jenama Diane 35 amat terkenal untuk kesihatan kulit. Pengguna akan mendapati kulit muka akan kurang berminyak atau tiada minyak langsung, bintik-bintik hitam atau jeragat dan jerawat (juga jerawat teruk) di muka juga boleh pudar dan menghilang. Sesetengah individu mendapati pil ini tidak menyebabkan berat badan bertambah, tiada kesan mual, pening atau loya akibat pengambilannya. Boleh juga diambil oleh wanita yang mengalami hirsutism (muka ada misai dan berbulu banyak). Kedatangan haid akan menjadi tepat setiap bulan. Harganya pula dalam lingkungan RM35-40.00 sekotak.

Pil perancang jenama Yasmin paling bagus untuk sesetengah individu kerana dikatakan pengguna pil ini tidak mempunyai masalah berat badad, tidak mengganggu mood dan pengguna ‘berselera’ terhadap hubungan seksual (tiada masalah kurang libido). Kedatangan haid adalah tepat pada setiap bulan. Namun harganya sedikit tinggi daripada dua pil yang disebutkan di atas iaitu dalam lingkungan RM40-55.00 sekotak.

Apapun jenama yang menjadi pilihan anda, perlu diingatkan kesan sampingan daripada mengambil pil ini bergantung pada individu. Ini bermakna lain orang, lain kesan sampingan yang akan diterima. Badan juga akan mengambil masa sebulan dua untuk membuat penyesuaian terhadap pil yang diambil, jadi dua bulan selepas pengambilan pil, barulah pengguna akan dapat rasakan sama ada pil yang diambil sesuai atau tidak dengan badan masing-masing.

Sekiranya pengambilan sudah lebih daripada 3 bulan tetapi pengguna masih mengalami muntah yang teruk atau pening, besar kemungkinan besar pil itu tidak bersesuaian dengan badan. Cuba tukar kepada jenama lain jika masih mahu terus mengambil pil perancang.

Photo by Pixabay on Pexels.com

2 – Suntikan hormon

Suntikan juga mengandungi sejenis hormon dan ia juga boleh diberi pada wanita yang menyusukan anaknya. Suntikan perlu diambil setiap dua atau tiga bulan sekali, bergantung kepada jenis suntikan dipilih.

Keberkesanan kaedah ini bagi mengelakkan hamil adalah tinggi iaitu 99.7%. Kelebihan kaedah ini adalah wanita tidak perlu mengingati untuk mengambilnya setiap hari seperti pil dan amat berkesan bagi wanita yang berkerjaya serta sering outstation.

Tapi perlu diingatkan, penggunaan kaedah berhormon boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk beberapa bulan pertama.

KOMEN :
Suntikan hormon ‘Ðepo Provera’, boleh diambil 3 bulan sekali di klinik swasta. Kesan sampingan yang dilaporkan oleh pengguna selepas pengambilan suntikan ini termasuklah pening dan mood tidak menentu. Bagi sesetengah kes, kedatangan haid tiada langsung sepanjang suntikan diambil. Ia juga dilaporkan menyebabkan pengguna kurang bernafsu kepada hubungan seksual. Harga sekali suntikan dalam lingkungan RM35-40.00.

3 – Implan

Implan adalah kaedah yang mempunyai keberkesanan 99.9% bagi pencegahan kehamilan. Kaedah ini boleh digunakan sehingga 3 tahun dan kemudian perlu dikeluarkan. Kaedah ini juga menggunakan satu jenis hormon dan sesuai bagi ibu menyusukan anaknya.

Penggunaan kaedah ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk beberapa bulan pertama.

KOMEN :
Hampir tiada komen yang negatif tentang impan yang saya dengari. Cuma ada yang meluahkan kebimbangan apabila tiba masanya untuk dikeluarkan kerana dikatakan perlu menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan impan sebesar batang mancis.

4 – Kaedah kecemasan

Kaedah ini digunakan apabila kaedah lain tidak digunakan dan pasangan suami isteri tersebut tidak bersedia untuk mengandung, sedangkan hubungan seks tanpa perlindungan telah dilakukan. Ðengan ini, pil perancang keluarga kecemasan ini bolehlah diambil selepas bersama dalam masa 72 jam pertama.

KOMEN :
Pil yang biasa dijual adalah jenama Postinor 2. Ia juga popular dengan nama ‘emergency contraceptive’ atau ‘morning after pil’. Bagi sesetengah kes rogol, mangsa akan dinasihatkan mengambil pil ini kerana ia mampu mengelakkan mangsa daripada hamil akibat dirogol.

Ðalam tiap kotak ada 2 biji dan dikatakan boleh diambil sebanyak 4 biji sahaja dalam masa sebulan. Adalah penting pil pertama diambil dalamasa 48 jam selepas bersama dan pil kedua perlu diambil dalamasa 12 jam selepas pil pertama diambil (kena lengkapkan pengambilan pil dalamasa 72jam). Pil ini akan menyebabkan kedatangan haid sedikit ‘lari’ daripada biasa.

Kaedah tanpa hormon

Kaedah perancang keluarga yang tidak mengandungi hormon termasuklah alat dalam rahim (IUCÐ), kondom, diafragma dan kaedah kekal seperti bilateral tubal ligation (BTL) atau vasectomy.

1 – Alat dalam rahim (Multiload copper IUCÐ)

Adalah kaedah perancang keluarga yang boleh digunakan selama tiga tahun dan selepas tempoh tersebut ia perlu dikeluarkan. Alat ini selamat digunakan untuk ibu menyusukan badan disebabkan tiada hormon di dalamnya. Keberkesanan kaedah ini adalah 99.4%. selain itu, kitaran haid juga tidak terjejas disebabkan tiada penggunaan hormon.

2 – Kondom

Kaedah ini boleh didapati dengan mudah dan salah satu cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu melakukan hubungan seks. Ia juga boleh mengelakkan penyakit jangkitan kelamin. Sebelum menggunakannya, pemakai perlu memeriksa tarikh luput, meneliti sebarang kebocoran, serta Pemasangan yang betul perlu diambil kira untuk memastikan kaedah ini berkesan. Risiko kehamilah dengan kaedah ini adalah 2%.

3 – Ðiafragma

Sejenis kaedah halangan oleh golongan wanita di mana ia menutupi bahagian serviks. Kaedah ini kurang mendapat sambutan disebabkan kaedah penggunaannya. Wanita perlu memasukkan sendiri ke dalam faraj dan meletakkannya di tempat yang betul. Risiko kehamilan dengan kaedah ini juga adalah tinggi iaitu 5%.

INFO: Rancang kehamilan

* Merancang kehamilan membantu anda membesarkan anak dengan selesa.

* Apabila anda mempunyai perancangan yang baik mengendalikan keluarga, anak boleh membesar dengan pendidikan dan perhatian yang cukup dari anda.

* Sebaik-baik jarak kehamilan adalah dua tahun untuk setiap anak.

* Jika bersalin melalui pembedahan, dapatkan nasihat doktor untuk kehamilan seterusnya.

* Terdapat pelbagai jenis kaedah pencegah kehamilan di pasaran selain pil, alat seperti gelang getah juga boleh didapati di klinik untuk tujuan mencegah kehamilan dan merancang keluarga.

* Sekiranya mengambil pil pencegah kehamilan, pastikan anda menurut peraturan tertera di sampul ubat.

Beza Antara Tanda Awal Kehamilan atau Haid

Photo by luizclas on Pexels.com


.Ia sebenarnya amat sukar, walaupun ibu-ibu yang berpengalaman untuk membezakan antara tanda-­tanda awal kehamilan atau tanda-­tanda yang menunjukkan bahawa haid akan tiba kerana tanda­-tanda kedua­-duanya adalah sama.
.
1. TANDA HAID AKAN TIBA AWAL ATAU KEHAMILAN YANG SAMA

Sebelum haid tiba, anda mungkin mengalami sakit payudara, sakit kepala, keletihan, sembelit dan jerawat. Semua tanda ini adalah sama dengan tanda­-tanda awal kehamilan. Tanda­-tanda lain yang mungkin sama.
.
2. MORNING SICKNESS

Hampir setiap wanita hamil akan mengalami morning sickness. Oleh itu morning sickness adalah tanda yang boleh dipercayai bahawa wanita yang hamil. Walau bagaimanapun, terdapat juga wanita yang mengalami muntah atau mual semasa haid mereka.
.
3. KEJANG

Tanda-­tanda yang menunjukkan kedatangan haid termasuklah sakit perut atau pelvik atau
kejang. Sesetengah wanita hamil juga akan mengalami kekejangan di awal kehamilan namun mungkin memerlukan rawatan doktor.
.
PERBEZAAN KEDATANGAN HAID & AWAL KEHAMILAN

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara kedatangan haid dan awal kehamilan

1. Kedatangan haid


👉🏻Sakit belakang ­­­

2. Awal kehamilan


👉🏻Tiada haid
👉🏻Kerap buang air kecil
👉🏻Kulit menjadi lebih gelap
.
Ramai yang mengalami sakit belakang sebelum atau semasa haid. Sakit belakang bukan tanda awal kehamilan. Wanita hamil hanya akan mengalami sakit belakang pada trimester kedua dan ketiga kerana rahim yang semakin membesar.
.


TANDA-TANDA KEHAMILAN :

Photo by Kristin De Soto on Pexels.com

1. KETIADAAN HAID


Jika anda mempunyai kitaran haid yang tetap dan tidak mengalami apa­apa perubahan rutin sebelum ini seperti stress, demam, selesema, sakit, mengambil ubat, perjalanan jarak jauh atau pengambilan makanan yang tidak sihat yang kerap, maka ketiadaan haid kemungkinan besar menjadi tanda anda hamil.
.
2. KERAP BUANG AIR KECIL


Semasa hamil, terdapat peningkatan dalam jumlah darah maka dengan itu banyak cecair diproses melalui buah pinggang yang akhirnya dihantar ke pundi kencing. Ini boleh menyebabkan wanita hamil membuang air kecil lebih kerap. Tanda ini mungkin tidak jelas di awal kehamilan.

Secara kesimpulan, tiada haid adalah tanda kehamilan yang dipercayai, dengan syarat wanita itu mengalami kitar haid yang tetap dan tidak mengalami apa apa perubahan rutin. Untuk mengesahkan kehamilan, boleh lakukan ujian kehamilan di rumah. Ujian kehamilan sebaiknya dilakukan pada waktu pagi selepas bangun dari tidur. Elakkan minum air sebelum ujian untuk mengelakkan air kencing cair.

5 Perkara Biasa Ketika Berpantang

Ketahui beberapa masalah yang biasa dialami dalam tempoh berpantang. Namun, ia hanyalah panduan untuk anda tahu. Jika menghadapi keadaan ini segera dapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Jika berlaku koyakkan pada episiotomi, anda akan mengalami sakit pada faraj.

Kesakitan mungkin akan berlarutan sehingga dua hingga tiga minggu terutama semasa berjalan atau duduk.

Koyakkan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya.

2. Apabila perut berasa seperti mengalami kontraksi atau senggugut, ia dikenali sebagai sakit rengat.

Ia terjadi pada rahim sebaik melahirkan. Namun, jangan risau kerana ia terjadi kerana rahim mengecut dengan kuat.

Kecutan itu menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah.

3. Sembelit adalah masalah biasa yang dialami oleh segelintir para ibu.

Ia terjadi akibat perasaan fobia kerana takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar atau pun sakit yang dialami disebabkan oleh buasir.

Untuk mengelakkan najis menjadi keras, amalan memakan sayur dan makanan berserat tinggi semasa pantang dan minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari adalah digalakkan.

4. Selepas melahirkan, payudara akan dipenuhi susu dan ia mulai sakit, rasa berat dan bengkak.

Namun ia perkara biasa. Rasa tidak selesa pada payudara selalunya berakhir setelah bayi mula pandai menghisap susu ibu.

Sekiranya masih bengkak, cuba gunakan pam susu ibu untuk mengeluarkan susu yang masih berbaki.

5. Sebaik sahaja melahirkan, fizikal masih kelihatan bulat, tidak ramping dan menggeleber.

Sesetengahnya kelihatan masih seperti hamil. Jangan risau, ia mengambil masa untuk kembali kepada bentuk asal. Sekiranya anda menyusu susu ibu secara eksklusif, berat anda akan berkurangan dengan kadar yang lebih cepat.