Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin?

Betul ke ni?

Siapa alami masalah ni sekarang?

Rambut gugur adalah disebabkn perubahan hormon Estrogen

1) Pertambahan hormon Estrogen ketika hamil.

Wanita dianggarkan mempunyai 100 ribu helai rambut di atas kulit kepala. Secara purata, anggaran 100 helai rambut gugur setiap hari. Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh lebih banyak. Oleh itu, semasa hamil, rambut anda biasanya akan lebih tebal dan lebih sihat.

(2) Penurunan hormon Estrogen selepas bersalin.

Selepas bersalin, tahap estrogen menurun (kembali pada paras normal) dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Dengan kata lain, lebih banyak rambut akan gugur.

Jadi, 2-3 bulan selepas melahirkan bayi, kebanyakan wanita akan mula mengalami rambut gugur terlalu banyak disebabkan perubahan hormon ini.

Jadi secara kebetulan, baby mula menyembur air liur pada usia 3-4 bulan dan dalam masa sama rambut mula gugur disebabkan perubahan hormon

Photo by cottonbro on Pexels.com

💜5 Tips Untuk Atasi Masalah Rambut Gugur💜

✔Potong rambut pendek sedikit agar rambut lebih mudah di urus, dan anda boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada bayi yang baru lahir, berbanding sibuk mengutip rambut di atas lantai! (oke, ni betul sangat 😒)

✔Guna syampu yang diperkaya vitamin B, atau syampu atau krim rambut yang berasaskan minyak kelapa atau pati santan. Ataupun boleh terus sapukan Minyak Kelapa Dara setiap hari

✔Guna sikat rambut yang lembut dan sikat dengan cermat untuk elakkan sikat menarik rambut dengan banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.

✔Keringkan rambut basah terlebih dahulu, dan jangan terlalu kuat mengeringkan rambut dengan tuala kerana ketika rambut basah, strukturnya lebih rapuh dan lebih mudah gugur.

✔Ambil makanan berkhasiat yang kaya dengan vitamin B, protein dan zat besi. Sebaiknya teruskan pengambilan vitamin prenatal (multivitamin) anda

Mudahkan? Tak guna modal besar pun. Yang penting seimbangkan pemakanan dan guna produk semulajadi

Selamat mencuba!

Apa Itu Bakteria GBS?

~Ambil perhatian ye ibu2 mengandung..~

APAKAH GBS ??

GBS adalah Streptokokus Kumpulan B juga dikenali dengan strep B merupakan salah satu bakteria yang hidup dalam badan manusia.Kira-kira satu pertiga daripada kita membawa gbs di dalam usus kita. manakala 1/4 daripada wanita mempunyai gbs di dalam faraj mereka. Ini termasuklah wanita yang hamil.

APAKAH RISIKO GBS

Kuman GBS tidak membawa kesan apa-apa kepada kita kerana kita mempunyai sitem imun yang kuat. Namun tidak bagi golongan immunocompromised – pesakit AIDS, atau pesakit under chemotherapy, atau kekurangan zat, geng2 GBS positif ni boleh menyebabkan jangkitan yang serius di dalam darah.

Begitulah juga bayi yang baru lahir, tiada sebarang antibodi, tidak mampu mempertahankan diri jika terdedah kepada kuman GBS ini.

RISIKO GBS TERHADAP WANITA HAMIL

Kuman ini tidak mempunyai apa-apa risiko bagi wanita hamil dan tidak mempunyai apa-apa tanda yang anda dijangkiti. Oleh kerana GBS tidak menunjukkan apa-apa tanda, ibu hamil sering kali mendapati mereka pembawa kuman GBS secara kebetulan apabila mereka menjalani ujian calitan faraj (vaginal swab). Jangkitan GBS ini juga boleh datang dan pergi. Walaupun anda didapati positif pada awal kehamilan, tetapi anda mungkin tidak mempunyai GBS apabila tiba masa untuk bersalin.

TANDA-TANDA AWAL BAYI BERISIKO DIJANGKITI GBS

i) anda menunjukkan tanda untuk bersalin awal (sebelum minggu ke-37 kehamilan);

ii) air ketuban pecah 18 jam atau lebih sebelum bayi dilahirkan;

iii) suhu badan anda naik (38 ͦ C / 100 ͦ F atau pun lebih) ketika proses kelahiran;

iv) sebelum ini anda mempunyai bayi yang dijangkiti GBS;

v) anda didapati membawa GBS di faraj anda dan/atau dubur semasa anda hamil;

BAGAIMANA BAYI ANDA BOLEH DIJANGKITI KUMAN GBS

Bayi berisiko dijangkiti sebaik sahaja membran ketuban yang melindungi dirinya pecah. Apabila bermulanya proses kelahiran, bayi akan memasuki saluran peranakan ibu. Di sini bayi akan bersalut dengan organisma yang terdapat pada kulit dan vagina ibu termasuklah bakteria yang menyebabkan penyakit kelamin.

ADAKAH BAYI ANDA BERISIKO DIJANGKITI GBS APABILA IBU ADALAH PEMBAWA

Tidak semua bayi yang terdedah dengan kuman GBS dijangkiti kuman..

Masalah Sesak Nafas Ketika Mengandung

Sesak nafas saat usia kehamilan enam bulan keatas wajar terjadi.

Hal tersebut disebabkan kondisi rahim yang semakin membesar dengan berat badan bayi yang terus bertambah besar dan akibatnya menekan dinding dada atau diafragma si ibu hamil. Sehingga rongga paru akan berkurang dan timbul sesak.

Memang ada sebagian ibu hamil tidak merasakan hal tersebut.

Berikut adalah tips untuk membantu mengurangi sesak selama kehamilan ibu :

* Disarankan bagi ibu hamil untuk melakukan senaman untuk ibu hamil.

Senaman untuk ibu hamil dapat membuat tubuh tetap sehat dan bugar.

Tentu saja senaman tersebut harus sesuai dengan usia kehamilan.

Senam hamil biasanya dilakukan pada usia 28 sampai 30 minggu masa kehamilan.

* Sebaiknya ibu hamil selalu duduk dengan tegak agar ruang paru-paru tidak tertekan dan mempunyai ruang lebih untuk bernafas.

* Saat tidur usahakan agar kepala dan bahu diganjal pada satu atau dua bantal.

* Jika sesak dirasakan saat berdiri atau berjalan, istirahatlah, bungkukkan badan dan sandarkan badan pada kerusi atau bantal.

Jika sesak belum juga berkurang, berjumpa dengan doktor atau bidan Anda.

Terima Kasih Ibu

Rahim ibu yang sedang mengandung akan mengembang 500 kali lipat dari ukuran normal untuk menampung kandungannya.

.

Darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

Ini sama dengan setengah liter.

Badan manusia hanya mampu menanggung rasa sakit hingga 45 Del.

Tetapi selama bersalin ibu akan mengalami hingga 57 Del, sama dengan rasa sakit akibat 20 tulang yang patah bersamaan.

.

Ibu bersalin akan mendapat pahala yang sama besarnya dengana 70 tahun shalat dan puasa.

Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkan bagi Ibu yang melahirkan pahala menunaikan haji.

.

Apabila seseorang perempuan merasakan sakit

karena akan melahirkan, maka Allah s.w.t.

mencatat baginya pahala orang yang berjihad

pada jalan Allah s.w.t.

.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,

keluarlah dosa-dosa dari dirinya seperti keadaan

ibunya melahirkannya.

.

JOM “SHARE” jika anda seorang ibu atau bakal ibu.

Semoga Bermanfaat

Jika Suami Tahu Sakitnya Bersalin…

11 Fakta!

.

Bila mengandung selama 9 bulan, isteri ke hulur ke hilir bawak perut, bawak anak dalam kandungan tak pernah merungut sebab mengandung walaupun bila berjalan dah nampak macam pinguin. Saiz badan berubah dari slim kepada kembang semangkuk.

Subhanallah..kuatnya isteri kamu berjaya menjalankan tanggungjawab.

.

Waktu nak bersalin, bayangkan rasa sakit tu macam mana.

Wahai suami, isteri bertarung nyawa di dewan bersalin kerana kamu..kerana kamu suami..kerana zuriat kamu.

Bayangkan kalau Allah ambil nyawa isteri kamu ketika bersalin, mampukah kamu menjalankan tanggungjawab dan kerja harian isteri seperti kat atas?

.

Beribu-ribu urat isteri putus ketika bersalin, itu belum lagi rasa sakit kena jahit kat bahagian ttooottt, sakit urat dan lain-lain sakit selepas bersalin.

Bermacam-macam perkara berlalu ketika tempoh berpantang. Bila Allah nak uji dan duga pasangan suami isteri, ada yang bermain kayu tiga dalam tempoh berpantang si isteri, ada yang suka-suka cari masalah sendiri dan banyak kemungkinan perkara tak elok berlaku.

.

– sakit kene cucuk epidural

– sakit kene seluk dengan doktor 4/5 kali untuk rasa bukaan rahim

– sakit waktu contraction

– sakit waktu baby keluar kepala dari rahim

– sakit kene gunting / koyak di bahagian rahim

– sakit kene jahit di rahim

– sakit berjalan lepas di jahit

– sakit dan takut waktu nak buang air

– sakit waktu duduk, punggung mengembang waktu bersalin

– sakit pabila susu badan tak keluar, bengkak susu

– sakit bila puting susu masih keras, anak hisap pun boleh menangis

– dan banyak lagi sakit yang lain yang tak dapat dimention di sini.

.

Lagi sakit hati bila makcik-makcik mulut manis asyik cakap “ala kau ni, sakit sikit je pun tak tahan”. Jadi bertabahlah, pahala besar untuk semua ibu-ibu .. 🙂