Apa Yang Harus Dilakukan Apabila Deman Sawan?

Terpanggil untuk berkongsi pasal demam sawan. Sebab baru- baru ni anak kesayangan diuji masalah yang sama.

Ibu-ibu pernah dengar pasal demam sawan?

Siapa yang perlu tahu pasal demam sawan?


1. Ibu Ayah yang ada sejarah demam sawan atau epilepsi.
2. Ibu Ayah yang ada bayi kecil – 6 tahun
3. Semua ibubapa

Kenapa perlu tahu?

Sebab ini kes kecemasan.


Ibu ayah perlu bertindak pantas demi menyelamatkan anak tercinta. Mereka amanah Allah yang perlu kita jaga.

Demam sawan selalu terjadi bila suhu 38°C dan ke atas.

Apa tanda-tanda demam sawan?


Ibu ayah kena kenalpasti tau untuk kita rawat secepatnya.

•Anak tidak sedarkan diri
•Bebola mata ke atas
•Tangan dan kaki kejang dan tersentak-sentak
•Air liur mengalir
•Tanda kebiruan di bibir dan tapak tangan

Jangan tunggu lama ibu ayah.

Apa yang perlu ibu ayah buat?


1. JANGAN PANIK. Saya faham sukar tapi kita cuba.
2.Jauhkan anak dari kawasan atau benda bahaya.
3.Posisikan anak mengiring ke kiri. Penting untuk mengelak makanan atau minuman masuk ke dalam paru-paru.
3.Cuba turunkan suhu badan anak. Basahkan kepala ketiak anak dengan air sejuk. Boleh masukkan ubat demam melalui dubur jika ada dan belum diberi.
4.Tengok masa tempoh sawan dan ingat setiap keadaan yang berlaku cth anak terberak atau terkencing ketika sawan.
Ada orang lain yg boleh rakam situasi tersebut lebih baik.
5.Dapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

❎Jangan sesekali suapkan ubat atau minuman kepada anak ya.
❎Jangan sesekali masukkan sudu atau apa-apa barang ke dalam mulut anak.
❎Jangan halang pergerakan sawan sehingga mencederakan anak.

Bayi Tak Ada Batu

Mungkin bunyinya lucu. Tetapi batu atau testis adalah organ penting bagi bayi lelaki.

Testis mesti berada di dalam kantung kulit di bawah penis atau dikenali sebagai skrotum.

Ketiadaan testis dalam kantung ini dikenali sebagai undescended testis. Testis sebenar ada. Tetapi tak ada di dalam kantung skrotum. Tak turun.

Kes ini kebiasaanya terjadi pada sebelah testis sahaja. Tetapi dalam 10% kes ada yang terjadi kepada kedua-dua belah testis.

Kebiasaanya bayi yang lahir di hospital akan diperiksa seawal kelahiran oleh doktor atau jururawat.

Ibubapa juga boleh memeriksa sendiri bayi lelaki anda di rumah. Sekiranya skrotum kosong, segera bawa ke klinik untuk dirujuk kepada pakar bedah kanak-kanak.

Photo by Daria Shevtsova on Pexels.com

Antara risiko sekiranya tidak dirawat awal ialah :

+ Masalah kesuburan
+ Kanser testis
+ Truma/kecederaan ketika kanak-kanak bermain.

Rawatan hanyalah dengan pembedahan. Waktu terbaik ialah sebelum bayi mencapai umur 2 tahun.

Mengurut tidak akan merawat penyakit ini.

Kredit: Klinik Dr Muhaimin

Tips Deman Kuning Bayi

Photo by rawpixel.com on Pexels.com

Tips 1: Penyusuan Yang Kerap

Anda hanya perlu kerap menyusu untuk turunkan kuning bayi. Kalau boleh, setiap 1-2 jam.


Namun, ada juga kes dimana ibu menyusu dengan kerap, tapi bila esoknya ke klinik, kuning tak jugak turun!

Malah kuning semakin naik atau mungkin turun sedikit saja.

Rupa-rupanya puncanya ialah..ramai ibu tidak menyusu dengan cara yang betul, yang mana lekapan penyusuan mereka adalah SALAH.


Sesetengah ibu tidak perasan, kadang kala bayi bukannya menyusu, tapi sekadar menghisap puting sahaja dan tidak menelan susu. Akibatnya, bayi tidak dapat cukup susu dan kuning juga susah untuk turun.

Bila lekapan bayi tidak betul di payudara ibu, susu ibu akan tersekat dan tidak keluar dengan lancar!

Photo by Pixabay on Pexels.com

Tips 2: Pemakanan Yang Berkualiti Dan Seimbang

Ibu perlu banyak makan kurma dan menelan madu sepanjang tempohmenyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundis.

Menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang sangatlah penting untuk anda yang sedang berpantang dan menyusu. Anda perlu sihat dan bertenaga, untuk menghasilkan susu yang cukup dan berkualiti untuk bayi.

Tips 3 : Titiskan Susu Kambing Ke Dalam Mulut Bayi

Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidap jaundis.InsyaAllah terbukti membantu para ibu.

Tips 4 : Pancaran Lampu Sinaran UltraViolet

Sekarang zaman sudah canggih.Sudah ramai yang menawarkan servis penyewaan mesin sinaran ultraviolet khas untuk menurunkan demam kuning si kecil.

Jadi si ibu boleh survey dan lihat di kawasan mana yang menyediakan servis sewaan mesin ini.

Photo by Engin Akyurt on Pexels.com

Tips 5 : Beri Si Kecil Susu Formula

Mungkin ada yang akan fikir : ‘eh awalnya nak bagi susu FM…’ Tapi sebenarnya dari segi praktikal, susu FM sangat membantu para bayi membuang air besar dan kecil dengan lebih kerap.

Semakin kerap si kecil membuang, peratus untuk kuning si kecil berkurangan adalah lebih tinggi memandangkan kuning akan berkurangan apabila si kecil membuang air besar dan kecil.

Cubalah. InsyaAllah sangat membantu.

Tapi diingatkan jangan terlalu leka sampai lupakan pemberian susu badan sendiri.
Susu badan ibu adalah penawar paling mujarab untuk demam kuning bayi. Mudah je nak ikut cara-cara untuk turunkan kuning bayi dengan cepat.

Jangan lupa amalkan tips turunkan kuning bayi dengan cepat yang dikongsikan di atas 😉

Bagaimana Bayi Belajar Bercakap?

Photo by Pixabay on Pexels.com

Seperti yang anda tahu, cara pertama bayi bercakap adalah dengan menangis.

Apabila dia menangis, dia sebenarnya berharap anda akan memujuk dan memberi keselesaan pada dia. Cara anda menenangkan bayi anda akan mempengaruhi cara bayi anda bercakap.


Ini kerana apabila dia menangis,dia sebenarnya berkomunikasi dengan anda.

Cara anda memberi respon pada tangisan dia akan di jadikan asas untuk dia belajar cara berkomunikasi dengan manusia yang lain.

Pada umur bayi anda dua bulan, dia biasanya sudah pandai memberi respon pada percakapan anda.

Caranya adalah dengan merenung mata anda , senyum atau gelak setiap kali anda bercakap pada dia.


Apabila umurnya meningkat pada enam bulan, bayi anda akan mula menggerakkan mulutnya untuk bercakap.

Dia akan keluarkan suara tetapi tidak jelas kedengaran butir – butir percakapannya.

Selepas itu, sedikit demi sedikit apa yang dia perkatakan akan jelas kedengaran. Akhirnya dia akan berjaya bercakap perkataan penuh pertamanya.

Photo by Dalila Dalprat on Pexels.com

Tip mengajar bayi anda bercakap

1. Ajar anak anda nama benda. Contohnya, anda tunjukkan kereta dan ajar anak anda untuk menyebut kereta. ajar anak anda nama benda yang mudah seperti pinggan, garfu dan sebagainya. Secara tidak langsung, anda kenalkan dia cara untuk menyebut dengan betul.

2. Sentiasa bermain dengan bayi anda. Ketika bermain, bayi anda akan berlajar cara untuk bercakap, dengar dan memberi tindak balas.

3. Ajar bayi anda membaca . Pada awalnya, dia tidak akan beri perhatian. Namun, lama kelamaan dia mula rasa berminat untuk membaca.

4. Balas percakapan bayi anda. Jika dia bersuara, anda ajuk suara dia sambil buat muka pelik. Biar dia ketawa. Apabila dia ketawa, dia akan bersuara lebih. Secara tidak langsung, proses belajar dia akan jadi lebih cepat.


Sebolehnya, anda jangan sesekali gunakan nada yangkeras dan kasar pada bayi anda kerana hati mereka sangat takut pada kemarahan dan kekerasan. Proses mereka belajar bercakap mungkin akan terganggu jika mereka di marahi atau di layan secara kasar.

Dipersilakan Share 😀

10 Fakta Bayi Yang Perlu Anda Tahu

1- Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2- Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3- Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4- Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5- Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6- Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7- Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8- Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9- Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10- Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11- Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12- Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13- Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14- Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15- Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16- Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Apa Yang Harus Dilakukan Jika Anak Tak Sihat

1) Jika anak demam

-Pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk, samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

2) Bila anak selsema

-Tetap mandikan 3 kali sehari supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu² hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan.

Apabila ini berlak anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

3) Jika anak Batuk

-Tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik.

Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun² anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk.

Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi. Even doktor turut pesan, jika anak demam, pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.

Bagi ibu yang menyusukan anak menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat.

Maka buat ibu baru jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.