Apa Yang Harus dilakukan Selepas Keguguran?

Apabila si ibu diberitahu tentang berita gembira tentang kehamilan tentulah kesyukuran & kegembiraan terpancar dimuka suami & isteri.

Tentulah sedih jika KEGUGURAN berlaku ketika menantikan kelahiran cahaya mata.

Photo by Ana Francisconi on Pexels.com

Keguguran ketika mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil.

Situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan selepas keguguran.

Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan.Jika kehilangan ini berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal.

Photo by Pixabay on Pexels.com

Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.

Keguguran biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah-masalah kromosom juga dikatakan penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab.

Untuk berkembang dengan betul, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Kecacatan ini mungkin berlaku kerana:

Terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat;

Terdapat perubahan dalam struktur kromosom.

Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio.

Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku akibat masalah kesihatan wanita tersebut berbanding masalah pada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini.

Soalannya perlu tak berurut & berpantang?

Jawapannya ialah PERLU BERURUT & BERPANTANG.

Photo by Pixabay on Pexels.com

Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh Berpantang & Berurut, Bertungku sama seperti ibu selepas bersalin. Cuma tempoh berpantang agak berbeza dengan berpantang selepas bersalin sebenar.

Berapa Lama Tempoh Berpantang ?

Kalau mengikut nasihat orang tua-tua dahulu, berpantang keguguran sama tempohnya dengan bersalin sebenar & lebih rapi.

Tetapi oleh kerana keadaan semasa & life style sekarang, tidak mengizikan ibu yang keguguran berpantang dalam tempoh yg lama untuk berehat & menjaga pemakanan.

Selalunya untuk Wanita yang bekerja, doktor hanya memberikan 7-10 hari cuti sakit akibat daripada keguguran.

Oleh kerana waktu berehat yang pendek meyebabkan Ibu yg keguguran tidak dapat berpantang sama seperti Ibu bersalin sebenar.

Ibu yang bersalin secara normal mahu pun pembedahan akan menjalani tempoh berpantang selama 40-44 hari, ada juga yg berpantang 60-100 hari.

Terpulang kepada individu. Tetapi untuk orang berpantang kerana keguguran, k.shila selalu mengesyorkan menjalani proses berpantang , berurut & bertungku serta menjaga pemakanan selama 14 hari paling minimum. Ini kerana utk menjalani proses berpantang sepenuhnya seperti yg di ajar oleh org tua-tua dulu adalah tidak practikal lagi kerana masalah kerja & cuti yg pendek.

Photo by rawpixel.com on Pexels.com

Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.

Berurut & bertungku sangat membantu untuk proses pemulihan selepas keguguran. Janganlah berurut mengikut ala kadar asalkan buat..!! Berurut & Bertungkulah sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh berpantang, urut seawal hari yg ke 3 atau ke 4 selepas proses DNC atau pun Janin keluar sendiri melalui proses natural. Kebaikan BERURUT & BERTUNGKU ialah mengeluarkan saki baki darah beku Yg tertinggal didalam Rahim atau disaluran peranakan, mengeluarkan angin, membaikan & melembutkan urat2 yg tegang & menyegarkan badan.

Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan mesti diambil berat.

Tips Berpantang Sendiri Bersama Suami

✔️Jika anda memilih untuk berpantang sendiri di rumah, pastikan penglibatan suami dalam memberikan bantuan. Suami perlu menjadi orang kuat yang membantu isteri sepanjang tempoh berpantang.

✔️Salah satu faktor penting dalam penjagaan ibu berpantang adalah pemakanan. Ibu lepas bersalin mesti makan makanan yang berkhasiat dan tidak boleh terlepas waktu makan. Tetapi ibu tidak boleh makan sembarangan jenis makanan. Jadi, pastikan beberapa minggu sebelum bersalin, anda sudah buat persiapan menu makanan berpantang dan bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.

✔️Sediakan jadual rutin waktu mandi, bertungku, bertangas, berpilis, memakai bengkuk, berurut, mengepam susu (untuk stok jika anda bekerja) dan menguruskan bayi. Dengan adanya jadual, anda akan berdisiplin mengikut rutin berpantang supaya cepat kembali cergas.

✔️Sekiranya anda mempunyai anak, pastikan mereka juga mempunyai jadual aktiviti harian supaya mereka tidak membuat ‘perangai’ dan boleh mengganggu emosi ibu. Jika mereka memang anda tinggalkan di taska atau pengasuh ketika bekerja, maka sepanjang berpantang anda perlu tetap menghantar mereka. Ini kerana agak sukar untuk anda menjalani tempoh berpantang sendirian tanpa bantuan orang lain dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak-anak lain terutama jika mereka berusia di bawah enam tahun.

✔️Pastikan anda sudah membuat tempahan awal bidan atau tukang urut untuk mengurut anda semasa berpantang. Sekarang bukan sahaja ada khidmat tukang urut, kalau ada bajet lebih anda juga boleh mengupah confinement lady yang akan membantu menguruskan penjagaan ibu dalam berpantang.

✔️Pastikan kesemua kelengkapan untuk anda dan bayi sudah tersedia. Antara kelengkapan ibu yang mesti ada adalah stoking, baju sejuk, kain batik, bengkung, tungku, herba berpantang, pam payu dara, keperluan menyimpan susu ibu perahan, tuala wanita dan coli penyusuan.

✔️Sementara keperluan bayi pula termasuk pakaian, lampin pakai buang, tisu basah, sarung kaki dan tangan, set tilam, minyak telon, bedung dan lain-lain yang penting. Bagaimanapun jika kehabisan stok barangan keperluan tersebut dan tiada sesiap boleh membantu membelikan, anda boleh beli sahaja secar online.

✔️Anda mungkin fikir anda kuat dan boleh menguruskannya sendirian tetapi selepas melalui tempoh berpantang sendiri, ternyata ia tidak semudah yang disangka. Oleh itu pastikan anda sudah membuat persiapan mental, fizikal dan emosi. Banyakan mencari maklumat dan info daripada pengalaman ibu-ibu lain yang pernah melaluinya.

✔️Berpantang seorang diri memang berisiko. Oleh itu pastikan anda sudah menjangkakan cabaran yang akan dilalui sepanjang tempoh berpantang terutama dalam bab menjaga bayi baru lahir. Elakkan daripada rasa tertekan kerana jika emosi tidak stabil,anda mungkin berasa sedih atau meroyan.