Kaedah Mengira Tarikh Mengandung

Photo by Arthur Goulart on Pexels.com

Tarikh anda dijangka bersalin boleh dianggar dengan mengira dari hari pertama haid terakhir anda.

Tarikh persenyawaan (date of conception) di hitung berlaku dalam julat waktu dari hari pertama haid terakhir hingga dua kali haid tergendala (time range from last menstrual period until two normal menstrual months missed). 

Untuk jangkaan tarikh bersalin, berdasarkan anggaran bahawa kehamilan seharusnya berlangsung selama sembilan bulan dan tujuh hari, atau 40 minggu.

Jadi, jangka waktu kelahiran dihitung daripada hari pertama haid terakhir (last menstrual period atau LMP) untuk menganggarkan tarikh bersalin anda.

Agak sukar untuk mendapat tarikh yang tepat dengan cara ini.

Pengiraannya lebih tepat jika kitaran haid anda tetap dan berlaku setiap 28 hari.

Photo by rawpixel.com on Pexels.com

Andaikan bahawa kitaran anda tetap dan boleh dijangka, jika LMP anda bermula pada 26 Januari, dijangka persenyawaan berlaku pada 9 Februari, maka tarikh bersalin anda ialah 2 November.

Doktor anda akan mengira tarikh bersalin anda semasa temu janji antenatal anda yang pertama.

Beliau akan menuliskan tarikh tersebut dalam nota materniti anda. Anda mungkin melihat tarikh tersebut ditulis sebagai tarikh dijangka bersalin (expected date of delivery atau EDD) dalam nota anda.

Ramai wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza tempohnya.

Oleh itu, mengira dari hari pertama LMP mungkin tidak memberikan anda tarikh yang boleh dipercayai. Imbasan ultrabunyi (ultrasound) anda yang pertama akan memberikan tarikh bersalin yang lebih tepat berdasarkan ukuran saiz janin serta kedudukannya dalam kantung rahim. 

Photo by Daniel Reche on Pexels.com

Kes Timbul Kekeliruan

“Nurse, boleh tahu kenapa nurse tulis kat buku tu lebih 6weeks ya. Suami kita tanya sebab kami baru je kahwin sebulan lebih. Haritu gaduh kejap sebab dia ingat kita buat tak elok..” adu seorang bakal ibu, perlahan sahaja suaranya. Inai masih merah di jarinya.

Wajah ayunya menunduk, mungkin segan dengan nurse lain yang sedang consult patients lain termasuk saya & nurse dalam bilik itu.

Ok straight to the point.

Tahu tak mengapa wanita perlu equip diri dengan agama & ilmu serta memilih lelaki yang juga beragama & berilmu (agama & pengetahuan sains biologi) sebagai suami?

1) Supaya apabila kalian ‘bunting pelamin’, si dia tak gelabah bila nurse beritahu isterinya mengandung 7 minggu sedangkan kalian baru kahwin 6 minggu. Dia cool sebab dia tahu kiraan minggu kandungan & due date ikut tarikh akhir period (last menstrual period-LMP).

Jangan gelak ya, sebab ada je terjadi kes suami tuduh isteri berzina dengan orang lain sebelum kahwin bila tahu kandungan lebih seminggu dari tarikh nikah. Tak ke tuduhan begitu menganiaya isteri namanya?

2) Bila tiba bab merancang anak, suami yang beragama & berilmu faham bahawa itu tugas bersama suami isteri & tak menyerahkan bulat-bulat ke atas tengkuk si isteri seorang. Sekiranya menolak kaedah yang dianjurkan KKIA kerana bimbangkan effectnya pada kesihatan isteri, dia akan bekerjasama melalui kaedah kondom/’azal’ dan tidak mementingkan diri sendiri.

Banyak sangat suami lepas tangan bab yang ni kepada isteri. Taknak isteri pakai perancang sebab nanti isteri gemuk, tapi selfish. Bila isteri pregnant rapat marahkan isteri pula. Kan ke jahil tu?

3) Pastikan suami ada basic ilmu fiqh kewanitaan yang kukuh. Atleast tahu berapa jenis darah wanita, apa beza haid, nifas & wiladah.

Tidaklah nanti masa berpantang baru 2 minggu dia sudah sibuk minta dilayan kehendak seksual sebab jahil-tak tahu beza jangkamasa haid & nifas itu berlainan.

Lagi bagus kalau ayah ambil pendekatan untuk berbual-bual dengan calon suami anak gadisnya tentang perkara asas ibadah & aqidah. Sebab selepas kahwin, menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik isteri & anak-anak.

4) Suami yang beragama & faham ilmu penyusuan akan menyokong isterinya yang menyusukan anak-anaknya dalam bentuk moral support seperti tolong membasuh peralatan pam susu, tolong refill air dalam tumblr & snack tepi katil, belikan milkbooster, selalu buat perkara yang happy-kan isteri sebab dia sedar,

Photo by rawpixel.com on Pexels.com

– Tugas memberi makan anak terletak di bahu ayah sebagai pemberi nafkah anak & isteri, jadi dia bersyukur & appreciate isteri tolong ringankan tugasnya bagi makan anak-anak (menyusukan anak)
– Dia sedar jika isteri stress, production susu badan akan drop. Jadi dia akan sentiasa bagi sokongan & reward isteri untuk tingkatkan hormon seretonin
– Dia nampak betapa susahnya isteri susukan anak-anak. 2 tahun tak pernah cukup tidur sebab bangun atleast 2 jam sekali untuk susukan anak. 
– Dia takkan komplen kalau bentuk badan isteri naik, sebab nafsu makan membuak-buak dalam tempoh penyusuan. Dia juga tak komplen bentuk fizikal breast isteri dah tak seperti sebelum itu.

5) Bila ada mulut jahat hasut; “kau kahwin je lain… bini kau tu mandul…” suami beriman & berilmu watlek wat peace je, tak termakan pun. Sebab dia yakin rezeki di tangan Tuhan & boleh jadi yang bermasalah itu dia. Jadi mereka sepakat sama-sama terus saling support each other & refer kepada pakar. 

6) Bila suami ada agama & basic ilmu biologi, dia tak terpengaruh dengan kata-kata anasir luar yang mengatakan isterinya tak mampu berikannya anak lelaki, sebab dia tahu… selain itu ketentuan Allah, ia juga kerana kromosom X atau Y bagi penentuan jantina anak bergantung pada kromosom si suami.

6) Suami yang beragama & berilmu akan faham walaupun gajinya hanya 3K & gaji isteri 19K sekalipun, dia tetap kena jalankan tanggungjawab menunaikan nafkah isteri dalam bentuk makan pakai, sediakan tempat tinggal & ubat-ubatan jika si isteri sakit-mengikut kemampuannya.

Ketahuilah wahai wanita, setelah kahwin apatah lagi selepas beranak pinak, cinta & rupa suami yang handsome je tak cukup kerana kita berdepan realiti & amanah yang berat setiap hari. 

Oleh itu, kehadiran seorang suami yang beragama, berilmu, berakhlak mulia & sangat sabar sangatlah membantu untuk kita menempuhi ujian di dalam perkahwinan, menjadikan kita isteri yang mengejar title solehah, di samping menuntun kita & anak-anak menuju kearah keredhaan Tuhan.

Perkahwinan tanpa agama & ilmu itu ibarat meniti titian yang rapuh. Kita bukan hanya mahu nampak bahagia di mata dunia bahkan benar-benar bahagia di dalam jiwa, juga bahagia dalam keredhaan Tuhan.

Manfaatkanlah waktu taaruf & bertunang untuk menilai sebaiknya pasangan kita, serta memperbaiki diri sendiri dari segi amal & ilmu, & janganlah mengisinya dengan kemaksiatan & perkara yang tidak berfaedah. Banyak orang menyesalinya dengan penyesalan yang tak berpenghujung.

Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah dalam dunia ini & mempermudahkan semua urusan suami isteri yang sedang TTC serta si bujang yang ingin mendirikan baitulmuslim. Amiin.

Leave a comment